Laporan Makmal

Assalamualaikum.

Krik..krik..krik..apa fasal macam baku sangat kau ni? Okey, dimelayukan- lab report.

Memang dari awal lagi dah kut, sejak naik sahaja darjah empat dah kena buat laporan-laporan bagai. Walaupun, tak pernahnya pun buat eksperimen tersebut. Walaupun tak pernah sentuh radas-radas dan segala objek dalam makmal, lab report tu sebelah mata sahaja boleh buat. Cari PUM cari PUB; pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas, kemudian masukkan dalam struktur ayat yang memang dah hafal dari awal lagi. Kacang, small the pieces jah!

Makin naik sikit tahap belajarnya, barulah dihadapkan dengan pelbagai bentuk radas yang fragilenya ya ampun. Fragile= mudah pecah. Sebab apa kebanyakan balang uji, bikar semuanya daripada kaca? Sebabnya kaca ni mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap kebanyakan tindak balas pun. Jadinya, kaca paling selamat digunakan untuk mengelakkan eksperimen kita tercemar dengan tindak balas asing. Tapi yang tak selamatnya ialah orang yang cemerkap. 

Dan sekarang, sebagai pelajar yang masih lagi belajar dalam bidang sains, laporan makmal tu bukan perkara yang asing. Cuma yang bezanya ialah; kefahaman. Tak ada guna kalau main bubuh itu dan ini tapi tidak tahu apa perkara pokok dalam eksperiment tersebut. Itu jugalah gunanya laporan makmal tersebut, nak uji sejauh mana kefahaman terhadap praktikalnya. 

Tips lagi sebelum masuk makmal untuk ujikaji;- baca dan fahamkan manual, cari mana yang patut tak kisahlah goolate ke otak sendiri. Karang dalam makmal teraba-raba pula dah nak buat apa. Pesan untuk diri sendiri yang sering alpa. Yalah, masa dulu cikgu terang berkajang-kajang, tak pun dah ada tulis elok-elok dalam buku rujukan. Sekarang kena cari sumbernya merata-rata.

mek lin:: ayam bandar nak kena eksesais banyak-banyak supaya rajin macam ayam kampung.

Ulasan

Catatan Popular