SUPERWOMAN RETURNS

Assalamualaikum. Hi!

Waaahhhhhh....merambu-rambu air mata terkeluar tatkala aku dapat tulis lagi dalam blog yang sudah berhabuk berdebu ni. * hiperbola kat merambu-rambu sebab aku ni kan muka beku jek, jadi aku macam terharu, sayu dan gembira kat tangkai hati je lah. Bab perasaan tu betul.

AL-KISAH.......

Ini kisah hampir setahun yang lalu.

Waktu terakhir aku menulis di blog ini dahulu, kenapa, mengapa dan bagaimana terjadi begitu?

Aku tidak ada isu boikot blog atau hobi terbaru yang membuatkan aku berpaling tadah. In fact aku pula gelisah apabila aku tidak dapat menulis, sebab ini kan kawasan pelarian aku. hah, macam tawanan perang pula.

Masalahnya adalah aku tidak dapat akses ke dalam akaun emel google aku sebab aku tidak ingat kata laluannya. Dan whattt aku macam tak percaya aku akan kehilangan playground aku, tempat aku bebel, tempat aku berkongsi. Pulak dah sebenarnya aku tak tahu langsung apa-apa kata laluan fasal biasanya akan ada beberapa corak sahaja pesen kata laluan aku tu. Masalah kali ini lebih istimewa sebab aku tertukar kata laluan semasa aku tengah mamai buka akaun emel aku tu. Entah apa yang diminta google sampai sedar-sedar je celik terus aku bila aku termasukkan kata laluan baru yang aku tak perasan pun aku tulis. Jadi untuk beberapa bulan pertama itu aku macam sedih, sugul, hiba. Hmm, tu lah, koya sangat. 
sedih ngatt


Aku tak lah pandai sangat nak menggodam godek-godek internet ni, jadi aku pun mencuba dan terus mencuba, sampailah aku dah tak larat, aku buka blog baru. tapi aku masih tak lupa blog ni sebab macam-macam dah aku buat. dan sebenarnya aku sangatlah kurang rajin nak mengedit blog aku tu jadi seperti ini. Blog ini ringkas, warna putih je macam orang pemalas tapi aku suka sebab jelas. Alhamdulillah, baru minggu lepas aku dapat masuk balik dalam akaun google aku tu dengan private question bagai lah. Baru aku tau peri penting benda tu apabila sudah terjadi perkara sebegini.

Selain sebagai tempat pelarian, blog ni sebenarnya banyak menyelamatkan aku. Sebab internet kan dunia tanpa sempadan yang kau boleh masuk mana-mana lubang tak kira apa, mana dan situasi kau. Tidak kisah orang alim ke, alim-alim kucing ke, bertanduk, yang ada cuma aku dan Dia yang tengok. Jadi jika aku sibuk dengan berblog, aku tak lah duk asik menerawang macam-macam. Fikir aku lah. Lebih-lebih lagi cuti panjang ni, tak lah aku asyik-asyik melangut memandang siling tak pun skrin telefon pintar. Haa...yang ni aku semakin aneh, telefon semakin pintar, manusia makin bahlul, apa kes? Aku tak cakap orang lain sebab aku sendiri pun lalok.

Thats it. It marked the official return of mummy cik lino. Happy blogging and make benefit of it for yourself and others.


Wallahua'lam.


Ulasan

Catatan Popular