Projek Nilam 2026/1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Mengambil roh Murabbi IIUM. Beberapa hari ini aku mengambil masa untuk bercuti dan menghilangkan diri (hingga terjadi selective mutism). Mengemas, melihat kembali kertas-kertas serta pakaian yang tidak pernah aku fikirkan - kepentingannya. Terjumpa kembali persona aku suatu masa dulu. Pada planner hitam yang aku coretkan di PJ dan awal perjalanan ke Kuantan. Serta coretan rakan-rakan seperjuangan bermula daripada kakak satu semester; Kak Ina. Beberapa hari yang lalu aku jumpa buku ini dan terus masuk dalam pembelian bulanan, bersama beberapa buku lain. Pada mula bacaan aku rasa marah; kenapa penulis mempunyai memori di bangku sekolah, universiti. Kerana cerita yang penulis tuliskan adalah sebahagian kisah yang dilalui mereka, dihadam dengan rasa. Seperti Hlovate, Syud, Ainul Farihah, Pak Sako, juga Hamka dan kawanku yang rajin menulis dulu Aini. Ada beza dengan penulis fiksyen penuh nuansa romantika atau sain...

