RANDOM #1

Pencarian

Maya merobah aku
yang terlindung dan selamat
menjadi lalang yang cuba mengikut angin
Ditiup ke kiri
ke kirilah aku tersadai
Dihembus ke kanan
Teroleng-oleng pula tubuh ku ke kanan
Aku sedar namun kewarasanku bagai tertampan
kerana aku berlembut dengan kemahuan
menempel di sebalik nafsu yang membukit

Dia meraihku agar berkalih
Diam di bawah teduh cahaya
Aku cuba menghadam cakera hidup yang berputar
Pada saat dia sudah mengikatku dengan tali yang kuat
Bayangnya sudah kabur

tinta rasa.aku

Ulasan

Catatan Popular