Belajar dari Alam- PISANG

Tak kenal memang tipu lah. Pisang kira buah-buahan tempatan yang mudah didapati di Malaysia. Mana taknya, di mana-mana tepi jalan pun senang sahaja nak dapat pisang goreng. Pokok pisang kenal tak? 
inilah rupanya pokok pisang

Di rumah saya ni pun ada pokok pisang. Walaupun rumah saya ni bukanlah di kampung, cumanya tidaklah hidup segar bugar macam di tepi sawah  tu. Dalam terbantut tu pun ada je yang sanggup tebas ambil daun pisang tu buat penyeri kenduri kahwin. Haila. 

Pernah dengar tak peribahasa, pisang tidak berbuah dua kali. Maksudnya, jangan mengulangi kesalahan yang sama dua kali. Peribahasa itu memang betul. Pisang tidak akan berbuah dua kali. Malahan, sebelum dia rebah tidak bernyawa pokok pisang akan melahirkan anak di sisinya. Bukan sebatang je, malah mungkin lebih dari satu. Anak pokok ini pula akan terus berbakti membuahkan pisang lagi.

Itulah pokok pisang, walaupun sebatang pokok hanya berbuah sekali, sumbangannya tetap diteruskan oleh anak-anak pokok pisang yang lain. Simboliknya sebagai manusia kita mestilah banyak memberi daripada hanya menunggu bantuan. Banyak memberi sumbangan daripada meraih simpati. Berbakti walau jasad telah dimamah bumi. Bagaimana? Kenal Ibnu Sina? Ibnu Khaldun? Paling dekatpun guru kita sendiri. 

Kuasai ilmu dan sebarkan cahaya.

sumber : bacaan buku tulisan tangan Tuan Pahrol Mohd Juoi. Nota Fikir Untuk Zikir

mek : pisang cicah sambal kicap pun sedap



Ulasan

Catatan Popular