Perjalanan ke Utara

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian. Selamat Tahun Baru Masihi 2023A. Hahaha.

Aku bukan suri rumah atau digital nomad. Okay, aku tak kerja pun lagi. Habis pengajian Pascasiswazah Kimia selepas Desember tempoh hari. Alhamdulillah. Lepas tu dak Farah Amalina ajak aku pergi Sabah lawat dia di Kunak. Sebelum ni aku tak pergi pun ke Sabah semasa Aini bertugas di sana. Sebab kerja macam orang gila. Jarang sangat ah ambil cuti. Okay then, aku pergi jelah beli tiket penerbangan untuk Januari nanti (itupun sebab ketimbang0timbang dengan nak cari kerja- harga tiket dah naik RM 100 lebih pergi balik). Sebab aku nak pergi Sabah juga aku ajak keluarga pergi ke Utara. Masa cuti sekolah beb. Haha. 

Haritu kami bergerak pada hari Ahad 24hb Desember 2023, minggu cuti sekolah kedua dan bertembung dengan Krismas. Gasak lah, aku maleh dah tangguh-tangguh tak bergerak berjalan. Sebab aku dah allocate masa, sebelum ni ikutkan sangat kepada nak-pergi-tak-pergi tu dah banyak cuti-cuti aku terbuang melepek. Jadi sebab percutian tak terancang tu memang rumah inap yang tinggal tak banyak. Aku buat tempahan homestay di Taman Bintong Ceria, Kangar untuk dua hari. Lepas tu fikir lah semula nak duduk di mana asalkan dah sampai di Perlis. Hari pertama hingga ketiga kami berjalan di Perlis. Orang kata Perlis boleh pusing satu hari je. Haa bolehlah kalau aokme tak singgah tempat tu. Kalau bercuti dengan member selalunya aku jadi pak supir tukang bawa je mereka yang buat itinerari, sekarang kau le kena buat. Kalau aku lah, aku akan pergi ke tempat paling jauh dulu, sebelum berderek turun ke tempat-tempat lain. Kurang-kurang, aku dah sampai ke tempat yang paling jauh tu. 

Hari pertama dah burn sebab perjalanan daripada Temerloh ke Perlis (Kangar) adalah lebih kurang 6-7 jam. Kami bertolak daripada rumah pada 7.30 pagi dan sampai di Kangar pada 5.30 petang dengan beberapa perhentian disini-sana. Apabila bermusafir, yang utama kau kena tentukan solat di mana. Sebab aku belajar daripada perjalanan dahulu yang hampir-hampir terlepas solat disebabkan tiada perhentian atau berjalan di kawasan baru yang mungkin kau tak fasih bagaimanakah perjalanan yang akan kau tempuhi. Walaupun boleh solat jamak, namun janganlah pula terlupa kalau dah jamak akhir tu hingga ke hujung waktu yang possibility untuk dilupai tinggi dengan perjalanan tak tentu. Macam di Lebuhraya Utara-Selatan ni, hentiannya itu jauh. Dan kebiasaannya semakin ke hujung waktu, menunggu air dan tandas adalah kritikal semasa musim cuti. Jadi baik selesaikan dahulu atau rancang perjalanan supaya hanya melepasi satu atau dua waktu. 

Perjalanan meneroka Perlis hanya dimulai pada Hari Kedua. Destinasi yang di tuju pada hari kedua adalah terus ke paling hujung Perlis iaitu Wang Kelian. Nak menyampai ke sini adalah dalam 45 minit. Sebab hari kedua ini jatuh pada Krismas jadi nak mendapatkan warung sarapan pagi yang dibuka adalah sukar. Aku pandang rendah jugalah Perlis boleh habis berjalan sehari sahaja, rupanya tidak. Wang Kelian adalah tempat hutan simpan, berdekatan dengan Hutan Simpan Negeri Perlis, bersempadan dengan Thailand, jadi disarankan untuk makan sarapan terlebih dahulu. Sebenarnya, banyak sahaja tempat makan di tepi jalan menuju ke Wang Kelian, jadi, boleh bergerak seawal 7.00 pagi terus daripada Kangar ke Wang Kelian dan makan sebelum sampai ke kaki gunung di sana. Jika korang dah pergi keluar daripada Kangar ke Arau/ Kuala Perlis, dah makan masa pula untuk ke Wang Kelian. 

 Antara tempat-tempat menarik yang patut anda pergi sejejak di Perlis pada hari pertama ialah; 

1. Wang Kelian view point 
2. Taman Negeri Perlis 
3. Gua Kelam - ada secret garden di belakang 
4. Bukit Chabang 
5. Tasik Timah Tasoh 
6. Bukit Keteri (tempat main movie yang ada Beto pakai kepala UFO) 

Dan semak masa berada di suatu-suatu tempat. Haha. Sebab Perlis ni memang Indera Kayangan. Kau macam masuk tempat lain daripada negeri-negeri di Malaysia lain. Majestic. Aku rasa tak perlu pergi pun ke tempat lain untuk panorama tenang dan damai tu. Oh ya, suggested untuk suasana tenang dan damai ni pada November - Januari. Katanya, angin sejuk dan dingin telah asuk ke Perlis pada masa itu. Namun, bulan Disember mungkin agak tidak menentu dengan hujan, namun bolehlah dirancang perjalanan, cuma hujan rintik-rintik dan redup. Sebab tu kena set masa 30 minit atau 1 jam pada sesuatu tempat. Lagi-lagi orang yang rajin berootd. Banyak tempat bergambar yang menarik sepanjang perjalanan termasuklah Ladang Kenaf serta sawah padi rapi yang terbentang luas berlatarkan langit biru dan Banjaran Nakawan di Perlis. 

Antara destinasi 3-4 bolehlah ke Padang Besar dan makan makanan kampung di Warung Selera Batu 20. Sedap dan murah. Padang Besar tu aku fikir 20 kali nak makan di situ kecuali air susu Meiji atau kekacang. Kami pergi singgah ke Padang Besar, tapi bagi kami sebenarnya, tempat tersebut lebih kepada pelancongan beli-belah rombongan mak-mak, yang mak aku pun kata macam scam, sebab lepas balik, kami ke Tunas Manja untuk beli barangan dapur dan jumpa baju sebiji sebontot dengan yang berada di Padang Besar dengan harga yang lebih kurang sama. Kalau ada kemahiran menawar harga macam mak aku bolehlah berjalan-jalan di sana. Mungkin juga sebab kami dah mangli dah pun ke Pasar Payang. Kawasannya sangat luas, jadi boleh sangkut dalam tu kemungkinan 2-3 jam. Jadi bolehlah masukkan dalam itinerari mengikut kesesuaian masa jika pelancongan pertama kali. Jika pergi melawat sedara mara, boleh lah luangkan masa sehari di sini untuk meranduk didalam lautan baju dan makanan, periuk belanga dan toto. 

Sebab apa aku kata kena ikut masa, sebab bagi aku lawatan adalah mengenali orang, tempat dan makanan. Jadi, tempat-tempat yang membolehkan itu adalah di tempat makan. Pergi ke Perlis harus wajib makan laksa perlis yang kami tak sempat cuba sebab tutup. Laksa negeri-negeri kadang-kadang fusion yang menjadikan dia unik. Sebagai contoh, laksa Perlis ni ada pulut udang dalam kuah laksa seperti di Restoran Kak Su Laksa. Restoran Kak Su Laksa ni buka setiap hari kecuali Selasa 12.30 petang hingga 7.30 petang. Jadi itinerari asal ke Kuala Perlis pada sebelah petang 25 hb Disember tak sempat dijalankan kerana masing-masing sudah melepek kepenatan. 

Malamnya kami makan malam ikan bakar di Kuala Perlis. Tempat pilihan adalah di Restoran Ikan Bakar Api-Api. Ramai bak hangg....tapi servis sepantas kilat. Aku nampak ada meja yang ditandai reservation, jadi mungkin boleh gunakan perkhidmatan tersebut jika tidak mashu menunggu. Kami membuat pesanan Jenahak Ikan Bakar Santan, tomyam, set sambal, sotong celup tepung untuk 2 orang, nasi 4, air fresh orange, air kosong 2, air limau ais 1, kailan ikan masin semuanya berharga RM 117 ringgit pada masa tersebut aku rasa murahlah untuk ikan yang hampir 1 kg (Jenahak RM65/kilo masatu) dan tomyam yang pekat likat yang kami tak cuba makan di Padang Besar. Ikan laut segar sangat beserta udang dan sotong. Pertama kali makan ikan segar lembut sebegitu. Rupa-rupanya, air mempengaruhi isi ikan. Ikan segar di Terengganu, Perlis dan Kedah berlainan rasa manis isi ikan. Ada jeti juga di tepi restoran ini, jika sampai awal sebelum maghrib, bolehlah menikmati senja di sini. Makanan aku bagi 5/5 bintang. Semua sedap dan berbaloi. Setelah itu kami ambil peluang pula untuk ambil angin di masjid terapung Al-Hussain. Rupa-rupanya, Kuala Perlis ni hidup pada waktu malam. Sempatlah kami datang melihat kemeriahan lampu limpah di Kuala Perlis pada sebelah malam dengan deretan Restoran Ikan Bakar. 

Hari kedua kami peruntukkan di sekitar Kuala Perlis dan Kangar. Macam cuit-cuit je lah, sebab selepas jam 1 kami perlu keluar daripada inap rumah ke Kedah pula untuk berjumpa dengan kawan umi disana. Kami sarapan di Warung Tepi Sawah dan ke Ladang Anggur dan Buah-buahan eksotik. Tak ada rezeki merasa Laksa Perlis pada harini, jadi kami terus bergerak keluar ke Kedah.

Aku tinggalkan peta pelancongan Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024 ni. Sejujurnya, aku akan datang balik nak makan Laksa Perlis tu. Kali lain ni mungkin akan staycation je di tepi sawah. 


Bersambung...

~Melly~

Ulasan

Catatan Popular