Kimia Kuantum dan Islamisasi Ilmu

 Assalamualaikum wbt

Selamat Tahun Baru Bulan Cina ~ Lunar Chinese New Year 2023. Tahun ni tahun arnab, haa, cuma ambil tahu sebegitu sahajalah. Sebab aku pun kadang layan juga anime Fruit Basket walaupun tak pernah habis. Makin dewasa makin berubah selera anime atau makin sedar bahawa semua itu cuma fantasi. Mungkin juga horoskop, semua zodiak-zodiak ini supaya manusia lebih berharap atau membuat keputusan. Sebuah bicara langsung tentang perkara yang belum pasti. Manusia jika ingin berkata-kata dan menjustifikasi sesuatu tempang malah mungkin sesat apabila ditimbang atas neraca akal logik yang terhad.

Harapan itu ada dalam janji-janji Tuhan yang pasti dalam kalam agung Al-Quran. Malah dilarang pula menilik nasib kerana hal ghaib iaitu masa depan hanyalah dalam pengetahuan Allah. Serta larangan mengikuti amalan/ syiar orang bukan Islam.

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ

Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik...”
(Surah al-Ma’idah: 3)

Lanjutan perbincangan di sini.

Dahulu semasa belajar di sebuah sekolah agama persekutuan di negeri Pahang, aku diberi peluang untuk mendengar terjemahan kisah sirah nabawiyyah terjemah langsung daripada rakaman audio Arab oleh Ustaz Aziz Ramli. Sehingga kini aku ingat dan simpan nota-nota halaqah ketika itu. Tiap kali halaqah mingguan, memang akan meratib keturunan Nabi Muhammad s.a.w hinggalah ke moyang Nabi, Kinana. Dan teringat pula tentang kisah Ayahanda Nabi Muhammad iaitu Abdullah adalah anak 100 unta. Ketika itu, datuk Nabi Muhammad s.a.w., Abdul Mutalib bernazar untuk menyembelih antara 10 anak lelakinya yang telah berjaya dewasa dan menjadi orang berguna sebagai korban kesyukuran. Melalui balot 10 nama anak tersebut, keluarlah nama ayahanda Nabi. Namun setelah itu, orang-orang Quraisy menghalang korban tersebut dengan alasan selepas ini akan menjadi amalan ikutan orang Arab seterusnya. Lalu, telah bertemulah pula Abdul Mutalib dengan orang "maaf tidak pasti disini" untuk menarik balot tebusan 10 ekor unta (nilai nyawa ketika itu) dengan Abdullah. Sehinggalah kesepuluh kali, nama Abdullah muncul dan digantikan dengan 100 ekor korban unta. Amalan ini sudah tentunya terkenal pada zaman Arab Jahiliyyah dahulu sebelum Nabi s.a.w. dilahirkan. Ini juga adalah mungkin bukti kepentingan peristiwa besar keturunan Nabi dahulu. 100 ekor unta bukan sedikit tu. Wallahua'lam.

Jap, sebenarnya aku nak cerita fasal Kimia Kuantum dan triple ICE motto untuk International Islamic University Malaysia (IIUM). Antara banyak-banyak subjek yang paling menarik dan buat aku tertarik dalam silibus Pascasiswazah Kimia Kursus ini adalah Kimia Kuantum. Yang secara tidak langsung menarik juga untuk dibahaskan dengan triple ICE atau IIICE; Integration, Islamization, Internationalization and Comprehensive Excellence. 

Kimia kuantum ini adalah suatu subjek lapangan misteri yang penting. Subjek yang tidak kurang melahirkan kebanyakan aplikasi dalam pelbagai bidang dan utama. Perincian Kimia Kuantum ini akan aku lakukan kemudian dalam artikel berlainan. Oleh sebab subjek ini adalah subjek yang baharu dan hanya secebis sahaja disentuh pada asasi atau matrik tentang nombor kuantum, maka bersungguhlah aku mencarinya maklumat tentangnya. 

Rupa-rupanya, teori kuantum adalah manifestasi hamba kepada kewujudan. Existence. Bukan seorang, lebih daripada seorang saintis dalam perkembangan-perkembangan teori ini adalah orang agama. Daripada Newton, Maxwell, Max Plank, Heisenberg, hinggalah paling popular adalah Einstein. Teori-teori ini muncul dalam usaha untuk menghargai sensori manusia dan sebagai alat penyokong untuk membuktikan kebenaran dan kewujudan Tuhan. 

“Science cannot solve the ultimate mystery of nature. And that is because, in the last analysis, we ourselves are a part of the mystery that we are trying to solve.”
― Max Planck, Where is Science Going?

Teori relatif, uncertainty adalah hands down di hujung terowong fenomena yang tidak dapat diselesaikan. Relatif menunjukkan segala sesuatu adalah disebabkan sesuatu dan tidak terwujud sendiri. Uncertainty adalah teori minda yang zarah sekecil elektron tidak akan tetap dan tepat, yang cuba ditepis Einstein dengan, "God didn't play dice." Dan setiap benda dalam dunia ada hukum 'law' tersendiri yang cuba dijelaskan manusia. 

Sebenarnya, natural science tidaklah sekular mana. Sains natural atau semula jadi adalah disiplin ilmu yang mengkaji dunia fizikal serta fenomena yang berlaku pada alam yang membolehkan pencirian, kefahaman serta jangkaan dapat diperoleh daripada ukuran/eksperimen empirikal. Ia terdiri daripada dua cabang ilmu; sains fizik (Kimia, Geologi, Fizik, Matematik dan Astronomi) dan sains biologi (Biologi, Botani, Zoologi, Genetik, dan Mikrobiologi). Terdahulu, integration dan islamization of knowledge hanya terjadi pada penghujung laporan makmal dengan sepotong ayat Al-Quran yang dipetik. Dan juga sebuah subjek pada awal semester. Mungkin kelemahan daripada diri juga yang tidak dapat memaknakan motto tersebut ketika itu dalam pengajian.

Bahkan sebenarnyalah, mengakui keesaan dan kewujudan Allah adalah sepatutnya manifestasi kepada ilmu sains yang diperoleh, kerana semuanya dan kita, menurut hukum yang ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa. Tidak dapat tidak Yang Maha Pencipta (Al-Khaliq), Maha Merancang (Al-Baari) dan Maha Pembentuk (Al-Musawwir) adalah satu, tiada dua, tiada personal, tiada berbeza. Integrasi bagiku sukar dilakukan kerana sains adalah sebuah cabang ilmu daripada Allah bahkan terlahirkan kerana-Nya. Sudah ada seberapa banyak hukum yang cuba disingkap masih terdapat limitasi dan terdapat pelbagai anggapan (bukan atas fakta empirik), kerana hukum perancangan sebenarnya setiap sesuatu hanyalah milik Allah. Ilmu yang ada hanyalah setitik daripada lautan yang terbentang. Namun produk triple ICE itu bolehlah aku katakan setidaknya ada seorang, yang memaknainya dengan subjek-subjek universiti hingga kini, Alhamdulillah. *walaupun tidak sempurna kerana tersasar disana-sini

Keep reminding on that instead, in the pursuit of beneficial knowledge. To indulge in present knowledge and seek upon new discovery in the same spirit; existence, God-seeking and self-consciousness.

Sahih Bukhari,

Volume 4, Book 53, Number 346:

Narrated Muawiya:

Allah's Apostle said, "If Allah wants to do good for somebody, he makes him comprehend the Religion (i.e. Islam), and Allah is the Giver and I am Al-Qasim (i.e. the distributor), and this (Muslim) nation will remain victorious over their opponents, till Allah's Order comes and they will still be victorious "

Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "Neither do I give you (anything) nor withhold (anything) from you, but I am just a distributor (i.e. Qasim), and I give as I am ordered."

Wallahua'lam.

Bangi, 23/1/2023 1.05 pm 



Ulasan

Catatan Popular