Hari Pertama dan Terakhir

 Hari ni hari pertama aku buat keputusan untuk bekerja secara serius semula. Hari pertama sebagai juruwang di sebuah stesen minyak. Macam mana terfikir untuk mohon? Bila fikir duit dalam tangan dah susut dan tak buat apa-apa yang mendatangkan hasil pula. Tak pernah dalam hidup sebelum ini bekerja sebagai juruwang. Sambil-sambil menunggu keputusan temuduga SPA yang lalu.

Seronok dan penat jugalah, pertama kali, terus berhadapan dengan mesin daftar duit. Aku yang memang biasanya blur-blur tu hari pertama takut jugalah dengan banyaknya wang-wang ni. Aku pun lupa nak ambil beberapa nota untuk catatan. T.T

Esoklah aku bina semula daya ingatan. 

    Rakan sekerja semua sangat membantu, lantaklah mereka lebih muda ke apa. Umur lebih kurang 24-26 tahun kut. Ada Ijat, Zack, Haziq, Hadi, Nelly, Ila, Mak Cik Sarimah, Hakimah dan Supervisor yang aku pun belum kenal lagi. Huhu. Masuk kerja pukul 6.30 pagi, aku telat 3 minit usai solat dengan tak siap-siap ke tempat kerja. Insya-Allah esok improve semula. Oh ya, tempat aku bekerja ni ada 3 shif. 6.30 pagi- 3.30 petang, 2.00 - 10.00 malam dan 9.00 malam hingga 7.30 pagi.

    Dan pada hari yang sama hari ini keputusan untuk temuduga SPA pada Disember yang lalu pun keluar. Keputusannya aku tidak dapat lantikan secara tetap dan keputusan muktamad. Umi yang semak kan tadi. Sebab aku dah takut nak hadapi kenyataan tu lagi. Aku senyap je. Rasa bergenang juga lah sedikit, tapi redha je lah. Aku dah rasa kecewa tu beberapa kali sejak lepas universiti. Aku rasa mungkin ini bukan tempatnya. 

    Kerja di dua buah hospital banyak je cerita yang best. Jika aku letak ke tepi workaholic sendirian aku tu, dan beberapa siri ketidak-puasan hati, aku gembira je. Banyak yang aku belajar dan tahu. Sebab perangai redah bertanya dan workholic. Mungkin itulah kut yang menarik diri aku sendiri, rasa lebih tahu daripada orang lain. Sejujurnya, aku mungkin kurang dalam bidang pengiraan farmakokinetik; tak tahu mengapa padahal dulu aku mentor di universiti. Klinikal okay cuma tidak diberi peluang. Buku log klinikal aku markah paling tinggi kut, dan markah paling rendah adalah pesakit luar yang aku beria-ia mengejar kaunseling ubat serta intervensi dengan jujur. Haha, what an experience. Little did I know that when you are undergoing PRP you should buy the senior heart also instead of the work/logbook. Aku tumpang gembira juga, apabila ramai orang-orang yang aku kenali di situ dan mereka turut mengenali dan menghargai beberapa usaha kecil aku. Menjaga ubat-ubatan kelulusan khas dan kuota JKUT memang membawa aku ke banyak pengalaman dengan orang. Semasa berjumpa dengan Roslina haritu pun, dia memberitahu yang Surgeon Mr Faizal ada bertanya tentang aku; berkaitan ubat LP dia...haha. Ada juga sekeping kertas nota memo yang dia simpan sebab itu je cara komunikasi aku dengan pakar-pakar sebelum ini disamping menghantui mereka dengan panggilan talifon. Bolehlah dijadikan kenangan dalam lipatan sejarah aku. Itu adalah antara kerja yang paling aku banggakan lah rasanya disamping mengemaskini buku larutan ubat serta buletin. 

    Jadi secara officialnya mungkin itu sahajalah jodohku dengan KKM dalam bidang farmasi. Aku pun tidak tahu. 

    Kelakar juga 'harapan keluarga'. Dah selalu sangat berdiri atas kaki sendiri sampaikan makin jauh, yang sebelum ini aku lupa ada kabel paling besar selain keluarga dan diri sendiri.

    Sebenarnya perjalanan hidup aku ni menarik. Dalam suatu episod kehidupan yang singkat ini; adalah sebuah perjalanan memberi dan menerima. Ilmu tentang farmasi sebenarnya banyak rahmat dalam keluarga ini. Dari suatu sudut, CGPA aku tidaklah begitu tinggi di universiti yang menuntut banyak hafalan yang bukanlah kegemaran aku. Nak skor dalam peperiksaan tu macam kau hafal sebuah kamus ubat. T.T 

    Namun rahmat Allah tu, ada beberapa siri peristiwa yang aku rasa sangat-sangat berguna ilmu farmasi ini terutamanya apabila ada antara ahli keluarga yang sakit kencing manis serta beberapa sakit yang lain, apabila aku berfikir sejenak. Terlintas rasa menyesal dengan CGPA yang rendah. Tapi memang itu sahajalah limitasi aku dengan aktif di universiti. Apabila direnung semula ilmu yang diamalkan tu, ya, 4 tahun itu tidak sia-sia. Aku selama ini berjalan di bawah rahmat sebenarnya, dan aku perlu untuk rahmat itu kembali di daerah ini, rumah tempatku berlindung sebelum ini. Setiap peristiwa itu pula, ada garis masanya yang tersendiri. Tepat, tidak berkurang.

    Izzahlah. Tiada apa yang perlu dikejarkan lagi. Tiada yang harus disalahkan dikisahkan lagi. Buah kalau memang sedap, tiada yang berubah melainkan buang masa. Sememangnya perjalanan hidup yang telah berlalu sebegitu, tanpa dikurangi sedikit pun. Yang berbeza cuma perasaan dan tanggapan. Kau tidak akan membawa harapan di pundakmu lagi, hentikanlah apa-apa yang membuatmu lelah. Hiduplah hanya sebagai hamba. Dan perempuan.

 


Ulasan

Catatan Popular