Random #18

Assalamualaikum. Hai, apa khabar?

Saya lagi yang menulis. Melly-C still the government pharmacist.

Dan masih lagi menulis dari Kuala Lipis bandar warisan sejarah, bilik sewa rumah teres dua tingkat yang bil dia baru-baru ni mencecah RM800 tiga bulan nak terjojol biji mata menengoknya. Orang kata sebab PKP, duduk kat rumah sewa ni sangkut tak dapat balik, dah nak raya, buat pulak kuih macam-macam? 

Jadi azam bulan ni aku nak pakai kipas angin berdiri merah jambu Mitsubishi yang aku angkut datang juga ke sini yang dah setia dengan aku sejak belajar di UIA kampus Kuantan tu lagi. Dah 7 tahun dah aku bawa kipas ni ke hulu ke hilir yek? Tipikal rakyat Malaysia masa tu nak beli semua barang bunyi Jepun, sebab katanya tahan lama; kipas Mitsubishi, toyota UNSER, daikin, basikal Le Run (walaupun tak rasa ada bunyi Jepun pun, cuma rasa macam ada sikit aura dia yang buat basikal ni diyakini tahan lama; tapi akhirnya tak sedar pun hilang daripada dalam rumah sendiri), selipar Jepun Tat-Seng (tak tahu kenapa panggil selipar Jepun, tapi memang beli selipar ni untuk bawa ke asrama sebab tak cepat haus dan paranoid tergolek dalam tandas sebab selipar licin).

Semenjak-dua menjak ni, aku banyak berfikir. Sebetulnya tak berfikirlah, termenung. Aku pernah jadi macam ni dulu. Berfikir tu sebenarnya, bila memang aku tengah mengusahakan sesuatu; menyiapkan satu tugasan ke, atau sedang bermain permainan atas talian; adalah jugak aku fikir macam mana nak bom candy crush tu tanpa aku perlu menggerakkan banyak gula-gula tu. Semasa melukis, aku tak fikir pun; dia akan gerak dengan sendiri je. 

Sebetulnya termenung. Perkara terjadi bila kau tak dapat buat keputusan dan tersepit nak bergerak ke mana. Macam masuk dalam LAZADA, SHOPPEE atau IG butik, kalau kau memang dah termenung letak banyak baju dalam troli, termenung dan timbang tara; akhirnya semua yang dalam troli tu kau kosongkan semula tak jadi beli pun. Termenung yang pernah rasa macam semput, tak dapat nak bernafas betul, rasa loya tak dapat nak telan makanan, perut sebu, tak boleh nak belajar atau berfikir apa-apa; dan paling teruk, kau tak dapat tidur tiga hari tiga malam. Tahap tak dapat tidur dan tak dapat berfikir tu belum lagi sebab mungkin hari-hari aku penat kerja; dan aku kadang-kadang cuba buang fikiran tu dengan buat macam-macam, macam, tengok Prison Playbook dekat TVN sekarang. 

Semasa aku menulis ini pun aku masih termenung dengan perkara yang masih ada dalam kepala aku akhir-akhir ni. Tadi semasa aku scroll IG dan tonton Prison Playbook aku rasa dunia ni kelakar. Dah banyak kali aku tertipu. Aku macam jumpa jalan yang betul, tapi bila aku tengah berjalan tu, aku toleh tepi, kenapa orang yang sama berjalan dengan aku bahkan lebih baik, kenapa jalan yang aku lalu ni macam kena pijak dengan duri je, tersiat. Dunia ni tak pernah adil.

Kenapa tak semua orang dilahirkan dalam keluarga kaya, baru adil? Kenapa tak semua orang dikurniakan IQ yang sama, barulah adil? Jadi kau tak dapat nak bandingkan kebolehan kau berfikir dan menyelesaikan masalah tu dengan orang yang perlu dibantu. Kenapa tak semua dilahirkan dalam ras yang sama? Kenapa tak semua orang dilahirkan dalam Islam, baru adil? Adil tu bukannya sama. Dan dunia ni tempat ujian. Individu sebenarnya. To be the better man.

Tanda kejayaan tu juga macam burung. Kau macam nampak bayang-bayang burung tu, tapi kau nampak juga bunga ros dan duri yang melingkar di pohon tempat burung tu hinggap. Kau kadang-kadang rasa terpesona dengan bunga tu lalu rasa nak petik, kemudian terkena duri pokok tu. Burung tu pun terbang. Kau nampak lagi dia di ranting ros yang lain.

Lepas tu kau penat. Dengan kebolehan yang ada kau tak dapat lagi bunga ros tu dan sakit kena duri pokok. Tapi, eh, aku bukan nak bunga ros tu pun, aku nak burung tu yang aku boleh masak gulai lemak cili api. Macam tu lah, aku rasa lelah dengan nak capai kejayaan buatan; habis belajar, kerja tetap kerajaan gaji besar, beli rumah dan tanah, sambil gaji masuk tiap-tiap bulan seperti didoktrinkan dan buat kerja yang kau suka. Kadang-kadang minat, kebolehan dan kecekapan tu tak dapat bawa ke mana. Ada lagi rasa, bila rasa kau tak buat habis baik. Kau patut buat lebih daripada tu. Bila aku henti menung panjang aku tu balik; aku bukannya hidup untuk kerja dan makan gaji besar. In-between there is a lot happened within two years. Je-Hyeok dapat join team besbol tu sebab dia kidal. They called it given the opportunity life could change; effort bring to it; but opportunity make it happens. Without it, you still stuck. Tapi aku mungkin, thats it. Itu jalan hidup kau, mungkin boleh berubah, tapi dah berlalu pun. Dan hidup kau pun masih  berjalan. Aku pun tak dapat nak terus move-on buat apa semua orang buat sebab aku pun tak nak buat apa yang aku fikir aku tak akan buat. Personaliti aku dah macam tu, aku akan lagi penat buat benda luar tabiat serta merta.

Kawan aku cakap, penulisan aku menarik tetapi tak faham apa yang aku cuba sampaikan. Sebenarnya, aku tak nak terangkan ribut dalam kepala ni kut? Biasanya, benda yang serabut tu akan terurai sendiri, pada kebanyakan masa sebab malas; tak ada siapa yang akan dengar pun sebab semua orang ada masalah mereka sendiri yang lagi besar. Semua orang jalan hidup dia lain, dan aku ulang lagi; tak pernah sama jalan dia. Dan tak kan mahu dengar cerita-cerita hidup orang lain yang sepele. Kau tak payah nak iri pun, apa yang ada pada kau, tak ada pada orang lain, ujian kau bukannya orang lain boleh hadapkan. Kau tu individu istimewa tahu, dan orang lain pun.  Dan aku pun tak nak nikmat-nikmat sebelum ni; pelupa, pendengar, ketegaq, ikut kepala sendiri, strong will, fokus, sedar diri, tak dilupakan tu hilang. Sebab aku cuma ada tu yang Allah bagi dan kena hargai baik-baik. 

Cuma bila dia dah kusut sangat; simptom di atas tu boleh berlaku. Dan chill, Insya-Allah I am okay. Jika ada beberapa detik masa terluang, titip ajalah doa buat insan ini. Dan aku pun akan resume doa-doa buat sahabat-sahabat dan kenalan aku usai solat. Aku yang dulu tak sama dengan yang sekarang, tapi aku cuba, jadi orang yang aku bangga 10 tahun dulu. Ya, apa lagi yang aku boleh buat kan, kan? Kembali pada Allah. Jangan sedih, jangan putus asa. Rahmat Allah tu luas. Keampunan-Nya pun terlebih besar.

Yah, semoga semua amal kita diterima, dan aku; dilorongkan pada jalan yang baik-baik.

Wassalam.

p/s: maaf. bukan kondisi terbaik.
pp/s: iri itu memang sifat manusia. bukan malaikat. bukan juga heartless too carefree soul.
ppp/s: amalina tak sentiasa baik. dia pun ada part disket broken. nanti dia okaylah. pray for her.

Ulasan

Catatan Popular