Krusher KFC Yummy and The Crush

Ni hao?

Wo hen bu mang. Haha.

Assalamualaikum. Kabare? 

Dah empat bulan rasanya aku tak menulis. Lama dah, sebab aku telah dialihkan perhatian oleh video-video dalam youtube yang tak guna tu. Justeru percambahan ayat-ayat dan imaginasi serta expresi aku tak terluah. Sebab video tu bergambar, jika semacam itu imej yang ditimbulkan, maka itulah dia; bukanlah novel yang mendeskripsikan suasana dan bentuk, dan membiarkan imaginasi anda untuk menvisualkannya. Ya, video menumpulkan imaginasi sedikit lah. Pada pandangan aku-bukan bermakna pembuat video itu akan kurang imaginasi; ia juga dicetus oleh minat; jadi aku tidak menolak unsur itu.

Living in a virtual confined space. Self satisfaction. Entrapped and feeling out of place when no one likes or solo. Everyone is busy with themselves. No? Depression, anxiety, all these had become a disease, is it outbreak?

Okay, jadi masanya dah tiba untuk aku bercerita tentang kelazatan oreo krushers KFC. Itulah kau orang, zaman aku dulu sepuluh atau lima belas tahun yang lalu, air krusher ni memang hit macam bobalicious fever zaman sekarang; bezanya hanya ada di KFC yang kalau keluarga kau hanya akan makan di situ sekali setahun, waktu habis peperiksaan akhir, dengan markah yang baik. 

It was a craze, it was delicious, it was a moment to remember, until one day the advertisement was removed from the board.


Image result for oreo krushers
Krusher sedap sangat la weh. Rasanya aku suka chipsmore kut dulu.


Aku pun tak faham kenapalah KFC ni suka buat menu-menu yang best untuk sesuatu tempoh dan kemudian beberapa ketika dibuang daripada senarai menu; macam baru-baru ni aku suka ayam goreng white smokey bbq dia tu. Why even bother to go out, make everyone craze about it and then gone never come back or make a return? Although I hate u-turns*ere.

Sebagaimana lagenda krushers yang buat aku teringat sampai sekarang macam itu jugalah crush. Bahasa Melayunya belahan jiwa kah? Jika belahan jiwa sepatutnya dia bersama tapi crush jarang-jarang berlaku. Okay, aku google translate dia terjemahkan crush sebagai hancur; mungkin penghancur hati. Ecewah, walawehhhh. 

Image result for yato x hiyori
Yato X Hiyori

Jodoh, ajal, hidup semua di tangan Tuhan. Ajal dan maut aku tidak mengelak bahawasanya itu sememangnya kuasa Tuhan. Hatta, aku menulis dan hidup ni pun dengan izin Dia. Dulu, aku macam berdebatlah dengan umi yang jodoh tu pilihan; awak nak pilih dia atau orang lain, itulah jodoh awak. Jodoh ni pun aku tak tahu perkataan ini berasal daripada mana, jika daripada Jeddah tempat Hawa diturunkan yang bermaksud datuk perempuan; aku fikir jodoh adalah pasangan perempuan yang bakal menjadi ibu kepada lelaki yang mencari jodohnya itu. Jadi, ianya adalah pilihan bukan?

Sebab tu ada satu saat kau akan rasa jika kau memulakan dahulu salam perkenalan kepada crush kau orang, kau mesti boleh bersama dengan dia daripada dia dengan orang lain. <Heyy, kenapa hati keras sangat tulis benda ni.> Dan bila kau orang tengok rakan-rakan sekeliling korang, salam perkenalan mereka tu lain macam. 

"Kau daripada zaman belajar universiti dah ditolak berkali-kali lamaran; alih-alih semasa bekerja kau kahwin dengan secret admirer kau yang 10 tahun lalu tak pernah berhenti berdoa dalam diam untuk bersatu dengan kau."
"Dan sekemas mana pun kau dah menyulam kasih dengan seorang lelaki ini, keluarga kau tidak membenarkan, tersingkap sikap buruk lelaki tersebut, dan kau kahwin juga dengan bekas senior satu sekolah rendah anak kepada kawan mak kau sendiri."
"Ada tu, kau crush dengan seorang perempuan cantik ni, tapi kau tak cukup kekuatan untuk luahkan, lepastu, kawan kau tu tiba-tiba sahaja sailang tempat kau dan berpasangan dengan crush kau tu, kemudian kawan kau tinggalkan crush kau. Masa berlalu, tiba-tiba kau berkahwin dengan orang yang sama satu sekolah dahulu."

**twas from novels or telltale or any stories heard of

Image result for wedding islamic anime
Emm...married wasn't the end of story?

It was all irony to choose when in the end, it was fated to see you. Those real fleeting memories. 

Tapi mungkin satu lagi yang aku terlupa; kau pilih, kau usaha, kau juga diberi peluang tersebut. 

Who knows, the carved path is based on your effort and your choice? Katakanlah ada dua jalan, satu kau kena tebas, satu kau menyusur sahaja jalan orang yang telah sediakan. Jika kena tebas pun, jumpa destinasi yang kau nak, kau akan lalu juga tempat itu. Jika menyusur pun, kau akan sampai ke destinasi yang kau nak, dan melalui tempat itu juga. Tapi sudah jalannya lain, cabaran pun lain.

Entahlah, sungguh rumit untuk aku rungkaikan. 

Cuma, bila ada orang tanya aku, weh aku crush kat dia ni; aku rasa dia suka aku jugak, kalau tak, takkanlah dia layan mesej aku baru lepas kerja dengan cepatnya kut. Aku cakap; for once and for all; beritahu je lah dia, I sokong you. At the very least you step forward with him or end the meaningless wait and clear the air. 

Those bravery whom I admire. Whilst I have no gut.

Twas in your dream.

Cheers. Adios.

Ulasan

Catatan Popular