Jodoh Tak Salah Alamat

Assalamualaikum. Hi!

Esok hari pertama lapor diri sebagai pegawai farmasi uf41. Cuak tak cuak jugaklah. Tapi sempatlah siap kan dokumen tak nak gelabah. Hari ni jugak aku dapat housemate baru 2 orang. Yeay.

Semalam aku tengok cerita yang tertulis tajuk entri inilah. Jodoh tak salah alamat lakonan Akim AF dan Raysha Rizrose. Walaupun cliche mak ai...tapi inilah hidup. Kitaran dia sama sahaja. Tapi skrip dia aku suka sangat sebab pemilihan dialog dia tu sangat bermakna masuk dalam hati gituuuh.

Jodoh. Yelah, masalah bagi orang yang meningkat umur dia tapi masih belum jumpa lagi. Yang aku rasa menarik dialog dalam telemovie ini;

"Aku tengah berusaha untuk jadi baiklah sekarang ni. Mendekatkan diri pada Tuhan. Kan jodoh tu cerminan diri kita.  Jadi aku kenalah berusaha untuk jadi baik supaya jodoh aku pun akan jadi baik."-Luqman.

"Jangan risau, jodoh yang betul akan datang pada masa yang tepat."- kawan Luqman.

"Mak sakit, mak boleh sembuh kalau Luqman kahwin🤣"- mak Luqman.

"Siapakah engkau yang telah menggetarkan hatiku walaupun aku tidak pernah melihat rupamu?"- Luqman.

"Rama-rama ni masa kita tak cari banyak, tapi bila dicari tak pernah nak ada." -Luqman.

But the thing is I nak highlight dialog pertama je yang zuppp masuk terus dalam hati. Jodoh tu cerminan diri. Jadi mungkin belum berjodoh lagi sebab diri masih belum siap lagi kena perbaiki diri sendiri dahulu? Who knows? Tak kiralah dah berapa puluh orang tahu elegi sepi cerita cinta kau ni tapi kalau tak usaha baiki kelemahan diri dan memajukan diri, selagi itu akan menangguk di air yang keruh.

Adios. Chaiyok PRP!

Ulasan

Catatan Popular