Random #13

Assalamualaikum.

Hai! Hai!

Hari ini terdesak juga mahu terbitkan satu entri. Sebab atas kemengularan aku di rumah menimbulkan satu cadangan oleh umi untuk buat suatu penulisan. Penulisan ilmiah aku tak sempat nak cari bahan, manakala penulisan sastera aku tak sempat nak karang. Makanya, aku lanjutkan sahaja dengan jurnal kehidupan sekarang. Orang cakap tak mula, bertangguh memang tak adanya lah permulaan penulisan itu. Tambahan pula aku tak menulis surat belakangan empat tahun ini, jadinya cerita itu banyak sangat tak sempat nak ditulis.

Okey.

Eh. Sekejap, aku sebenarnya tengah mengulangkaji tentang farmakologi penyakit darah tinggi. Sekejap eh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya aku tidaklah mengular mana pun, cuma ketiadaan pekerjaan tetap dan kerja RA yang terbengkalai (kerenah birokrasi &subjek-kena bawa bersabar) membuatkan aku senantiasa di rumah. Dan aku juga sudah tidak serajin dahulu siap lipat semua baju yang menggunung tinggi, menyiram pokok dan malas berbual. Ada sebabnya. Dan biarkan seketika; mahu menata diri dan mengemaskan diri. Serupa apa aku patut berdiri mandiri.

Cetusan pergilah membuat sebuah penulisan itu bukan apa, kerananya aku sibuk mencari asal pantun. Dua buah buku tentang warisan budaya atau bahasa melayu pantun itu aku bawa pulang daripada Perpustakaan Awam Temerloh. Keanehan apakah? Kata pustakawan dan umi sendiri. Haa..entah, rasa mahu menggodek khazanah lama pula.

Sebabnya tercetus apabila aku bersilang pandang pada suatu suapan berita di facebook. Tentang cerita asal pantun pisang emas dibawa belayar...bacakan.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Dahulu lagi aku mengetahui bahawa pembayang dalam pantun pantun klasik melayu dahulu adalah seputar kehidupan masyarakat dahulu yang penuh perlambangan dan asli. Di SMKAP dahulu, pasukan pantun sekolah dahulu boleh kira hebat juga lah seantero Pahang. Nak nak pula yang jadi ahli tu seruang lingkungan aku sahaja. Namun ada juga komen pantun yang dibuat hari ini tidak ada roh kehidupan. Yalah, format dan peraturan binaan pantun hanyalah sebegitulah, rima abab, 4 rangkap dan suku kata 10 hingga 12 pada setiap baris. Mana nak lawan dengan pereka pantun dahulu yang duduk berfikir dengan selaksa masa dan rasa membina pantun yang tersirat dan tersurat. Dan kali ini rasa itu terjentik kembali untuk mengetahui kumpulan pantun melayu.

Hah, cerita pantun 4 kerat diatas itu adalah, dahulu semasa orang mahu berlayar, mereka akan membawa pisang emas sebagai bekalan. Kerana pisang emas ni sifatnya masak sebiji-sebiji dan tidak sekaligus. Lalu diletakkanlah di atas peti atau gantung atas sampan atau perahu. Pisang emas ini juga katanya sering dibawa ke laut kerana berupaya mengubat mabuk laut. Sebenarnya benda ni zaman dahulu mesti secebis daripada pengetahuan am je kan. Dah orang kebanyakannya biasa buat begitu. Sekarang mana ada orang nak berlayar merantau. Dan cerita peti itu pula katanya bersambung dengan ini;

Jika ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Jika ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Yang ni aku tak tahulah betul ke tidak; katanya orang dahulu jika patah hati, dipatahnya jarum letak dalam peti. Jadi bila peti itu dah penuh, dia pun berlayarlah, dan letaklah pisang emas tadi di atas peti. Apabila pisang emas sebagai bekal berlayarnya sudah habis, menandakan pelayarannya sudah sampai ke penghujung, lalu peti tersebut di buang ke tengah laut dan si pelayar ini bersedia untuk beredar daripada masa lalu yang merusuh hatinya.

Sepanjang pengamatan aku ni lah, banyak juga pantun-pantun yang duduk bawah kategori pantun cinta. Dan oleh sebab nada pemantun dia yang menarik, orang Perancis yang orang kata manusia romantis pun adaptasikan pantun berangkai kepada pantoum.

Heh. Kena buka satu entri khusus untuk pantun sahaja ni. Tunggulah sehingga Kurik Kundi Merah Saga tu dah masuk dalam rak buku di rumah ini.

Nak sambung cerita apa lagi?

Hakikat sayang dan kahwin. Sayang atau cinta (aww malu) itu adalah perasaan yang tulus.

Ada jugak aku teringat syair arab lewat kelas dengan ustaz (selawat, awat tak ingat ni) lebih kurang beginilah;
Siapa yang benar-benar cinta akan melakukan apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintai.

*Terbaru.
Aku dah tulis bahagian perbincangan aku sepanjang 3 perenggan. Tapi rasa macam tak kena pula dengan personaliti diri ini. Jadi aku putus kan supaya dia tergantung sahaja. Haha. Hidup puteri beku!

Dahlah, dah sejam dah aku menulis menggunakan tablet ni ha walaupun dah terserpih sebab jatuh dari tas tangan haritu. Yalah, laptop dah dikembalikan dan nanti-nantilah kena fikir wang dari mana pula dapat laptop baru. Esok nak ke lokasi kajian pula memungut data. Okay, cau cincou.

Mak Cik Amalina yang penat menaip.

Ulasan

Catatan Popular