Rx Quiz 2017 (bahagian 2)

Hai, sambung balik episod yang lalu.

Ini kisah hari kejadian. Pertandingan tersebut berlangsung di USM Pulau Pinang. Akhirnya jejak juga kaki aku di tanah penang ni. Pertandingan kali ini mengikut format yang baru. Ada tiga bahagian saringan untuk ke semi final. Pertama, bertulis. Kedua, lisan (soalan objektif juga tapi masa berfikir tu terhad tambah cuak). Ketiga compounding (buat persediaan extemporanus;losen, sirap, krim dan sebagainya). Hari kejadian tu kami terjumpa dengan Dr Amira Hajira yang telah berpindah ke UM. Kiranya, dia bawa team dia daripada UM lah. Masa tu tengok semua peserta daripada universiti lain cuak wehhh. Dah la kebanyakannya bangsa cina. Boleh kira lah juga berapa je Melayu yang ada. Dengan geng CUCMS yang hebat. Intimidated lah juga sikit.

Bahagian pertama berlalu dengan jayanya. Bahagian kedua pula menanti. Aku, Afiqah, Hilmi Kpop dan Akhi duduk semeja sebagai satu kumpulan. Terpisah dengan kumpulan satu lagi. Soalannya tersedia pada skrin dan kita hanya pilih nombor, dan soalan muncul. Nak dijadikan ceritanya, kami dapat kebanyakannya soalan daripada subjek organic chem dan med chem yang tak pernah belajar langsung. Group lain dapat soalan daripada clinical atau yang lain-lain yang kami boleh jawab. Ada je sebenarnya satu soalan yang aku sendiri boleh jawab, clinical, jawapan pun jelas, tapi kau rasa tengah cuak sangat ketika itu, lagi lah aku bagi jawapan yang eeeeeh. Stress.

Dan habislah bahagian tersebut dengan penuh tekanan. Antara kumpulan yang paling sedikit jugaklah markah bahagian dua tu. Sebab memang tak tahu langsung dan orang lain tak dapat pun soalan jenis macam tu. Balik tu, dah nangis, mandi, seterika baju untuk gala night, keluar kawasan penginapan, jalan-jalan sekitar Penang. Ala pergi pasaraya mini je pun beli jajan. Dah siap-siap malam ni nak tengok tv sebab dah tak masuk semi final dah esok.

Tengah-tengah pengumuman kumpulan yang akan masuk ke semi-final malam gala tu, IIUM tersebut sebagai kumpulan yang terakhir layak ke pentas semi. Syukur, terus aku ucap tahniah pada Syak, group lagi satu. Tapi, syak cakap tu kumpulan awak lah. Aku macam. Eh? Aku toleh kat skrin, IIUM A? Afiqah, Akhi dah muka tak tahu nak cakap apa, bergenang. Kami layak dengan markah 0.5 sahaja berbanding 3 universiti yang berkongsi mata selepas itu. Dah habis kosa kata dah tika itu. Mujurlah aku dah habis makan. Memang tak terasa nak makan dah pun. Dan Afiqah cakap, aku baru je tak nak studi dah, nak jalan jalan esok. Akhi pulak tak sudah dengan dia punya motivasi; sekarang masuk sesi malam pulak dah. Tak intimidated langsung budak ni. Diorang semua hebat, tapi diorang tak ada satu. Kita ada ALLAH. Kita buat kerja kita, usaha. ALLAH buat kerja Dia.

Haa...konon je lah nak studi. Tengah kemas kemas nota med chem (bahagian aku dan akhi), rasa penat tu tak boleh nak tahan dah, KO terus. Hilmi lagi lawak, baca sungguh-sungguh immunologi yang tak masuk langsung sampai 4 pagi. Maka berangkatlah kami untuk semi bersama lapan kumpulan lain dan CUCMS. Masa tu keyakinan tu dah tertingkat daripada peristiwa malam tadi. ALLAH boleh buat apa sahaja yang Dia mahu. Selepas kami tergolek kepasrahan, tiba-tiba di bawa sinar harapan.

Semi final adalah kuiz online. Ala macam KAHOOT tu. Objektif dan subjektif. Sebab dia macam game, jadi tak rasa macam tengah bertanding pun. Pernah dua tiga kali jugak Hilmi dengan yakinnya tekan jawapan dia tanpa sempat dibincang, tapi bahagian tu lah yang lawaknya boleh siap gelak-gelak tengah-tengah battle. Kat situ memang aku nampaklah skill diorang ni bab klinikal. Aku mampu tolong sikit-sikit je untuk med chem, organic chem dan basic anatomy no tel tulang belakang. Haha. Masa ni jugak ada beberapa soalan revison past year masuk yang lawak aku ingat jawapan je. Haha.

Done. Then kami masuk final. Guess what? We are the only Malay Muslim representing an Islamic University. Masa tu, aura dia lain macam wehhhhh. Pernah rasa izzah tak? Macam tu lah kau rasa masa tu. Lagi tiga universiti ialah USM, TAYLORS dan IMU; all were Chinese. Akhi dengan dia punya smirk, from last in part two saringan, to eighth candidate in semi and third candidate in final. So what for final?

Do the best for Islam!

Well, lucky enough to have this crowd. 12 of us studying without fail dan sokong-menyokong antara satu sama lain. Syak macam leader. I respect dia kut untuk gather kami semua dalam satu pertandingan ni. Dan dalam final tu, aku jawab satu soalan pusingan wajib je. Sebab aku hanya boleh yakin dengan soalan pharm analysis je, tapi banyak lagi subjek biologi lain. Tak nak ambil risiko, aku tak jawab dah. Dengan aura budak bertiga tu, kami selesaikan tugas kami bawa nama Melayu dan Islam. Keyakinan yang tinggi, jawapan yang jelas sampai semua orang dalam dewan akan senyap setiap kali giliran UIA jawab soalan. Adore all of them. Walaupun dapat tempat kedua, tapi the best remark is a support from the UiTM lady lecturer, good job, you represent Islam well! Afiqah dapat tawaran daripada Dean USM as lecturer. Aku tak tahu nak tabik apa dah kat dia ni.

Jadi, itulah perjalanan aku sepanjang dua semester memikirkan perihal RxQuiz 2017. Mission accomplished to revise and bonus with lot of lesson. Terima kasih tidak terhingga kepada Allah, yang memberi peluang ini, kawan-kawan teman studi malam-malam (Syak, Nina, Afifi, Qayyum, Akhi, Afiqah, Hilmi). Geng compounding yang buat terbaik (Ayeh, Mattop, Syukor dan Wani). Dan pensyarah pengiring kami; Bro Solah yang setia memberi galakan dan dorongan. Dan dia pun bekas pemenang RxQuiz merangkap alumni Farmasi UIA.

Memori ini pasti diingati. Walaupun tak ada pasembor, tak sempat keliling Penang, naik jambatan dan bawa balik kenangan manis ini pun jadilah.

Fin. :)

Ulasan

Catatan Popular