Ke Kelantan Kita. Weeee

Assalamualaikum.

Sekarang ni aku dalam perjalanan gathering geng kawan-kawan-kawan tahun lepas yang rasa-rasa nak buat reunion sekolah tapi kami berempat je yang muncul. Aku, Paeq, Timoh dan Tomey.

Jadi, tahun ni kali kedua jugaklah ulangtahun mini reunion. Hehe.

Okey, berbalik kepada perkara yang ingin aku tuliskan adalah perjalanan aku ke tanah Che Siti Wan Kembang. Ni pestaim (pertama kali) aku nak naik sampai di negeri sempadan Siam ini. Atas ajakan cik missha ( blogger Misshatulis tu) untuk ke majlis walimah di Tanah Merah. Maka berangkatlah kami bertiga dari Temerloh ke Kota Bharu dengan Proton Saga kelabu pinjam daripada umi. Hehe.

Tempoh masa Temerloh-Kota Bharu? Adalah dalam 7 jam. Kami melalui lebuhraya LPT daripada Chenor dan keluar di Kuala Terengganu. LPT ni dalam tiga jam je non-stop. Kemudian dari LPT tu lalu ikut belah kiri Setiu-Besut-Pasir Puteh dan sampailah di Kota Bharu. Untuk rekod orang lain 3 jam. Tambah tolak makan, isi minyak, ikut belakang lori, adalah sampai dalam pukul 2.30 petang dari bertolak pukul 8.00 pagi.

Macam mana nak tau dah sampai Kelantan. Serata papan tanda ada tulisan jawi. Hihi. Ada bendang sikit, rumah-rumah kampung yang terbina atas tanah lot.

Kemudian, kami check in di Kak De Hotel. Solat, tergolek tidur kejap nak buang lenguh dalam kereta, petang tu kami pergi di Pantai Cahaya Bulan aka PCB. Kat sini ramai manusia duduk-duduk bersantai bersama keluarga. Pelencong macam kami pun ada. Mercu tanda di sini mungkin cucuk-cucuk bebola celup tepung, maggi ketam, cendol atau air batu campur yang biasa dijual di gerai-gerai yang macam pondok di tepi pantai.

Kemudian, cik sha ajak makan megi ketam D'Shaz. Okey, kita gerak sana pulak. Nak jadi cerita pulak, kami makan di restoran bersama reserved table for 50+ kut rombongan perkahwinan dari Melaka mak oiii. Jenuh jugalah tunggu. Hah, megi ketam kat sini harganya RM 28. Berbaloi ke? Sebab aku pernah beli ketam nipah sekilo seratus, dan seekor ketam saiz sedang yang terduduk elok dalam mangkuk tu. Aku rasa murah dah le tu. Yang syoknya, siapa yang order megi ketam dapat free bos ketua rombongan kahwin tu bayarkan. Sebab kami dapat lambat sangat. Haha. Okay, bonus.

Oleh sebab aku malas nak fikir fasal jersi yang adik aku kirim ni, kami langsung terus ke Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh ni dulu popular tempat orang berjual murah. Macam-macam ada. Kebanyakannya dari Golok lah. Sekarang nak kata murah pun tak adalah murah mana sangat sebab nilai mata wang kita dah tergolek jatuh. Nak cari kain pasang, jersey, tudung batu-batu supo mek klate, meh le datang sini. Tapi dia buko male jah.

Esoknya, kami pergi ke majlis walimah kawan kami tu di Tanah Merah. Sebelum tu, kami dijemput sarapan di rumah N atau Nabilah di Pasir Mas. Mula-mula nak pergi juga di rumah Mon, tapi apalah nasib waze bawa kami ikut jalan semut (kecil mak oi) sampai tak jumpa rumah. Akhirnya langsung terus ke rumah N. Kat sini food wish list aku dapat di hari kedua di Kelantan. Aku tahu ada udang dalam nasi tu. Rupa-rupanya nama dia Nasi Tumpang. Dalam bungkusan kon daun pisang tu ada sambal udang masak merah, sambal kelapa dan telur goreng yang dibungkus bersama nasi yang seakan-akan nasi impit. Kau orang kena rasa! Aku dan missha makan dua bungkus. Apa lagi ya; pulut panggang, pau kacang, pau goreng, karipap kentang. Haa...kenyang. Mana nak taruh nasi kenduri ni?

Kemudian, kami langsunglah pergi ke Tanah Merah. Haa...nak beritahu awal-awal. Kenduri kahwin di Kelantan ni bermula selepas zohor. Kalau kalian nak lihat pengantin belarak (berarak dan bersanding) datangla dalam pukul 2.00 petang gitu. Kami datang awal dan dah siap makan, pengantin tersekat dalam kesesakan lalu lintas, makanya kami bertemu dengan bride saja lah. Cantik oi Hazlina. Pertama kali juga jumpa kembar dia. Saling tak tumpah muka fotostat je.

Okay, setel kat situ, ada lagi masa ni. Nak kone pulak dah? Maka kami pun panjangkan kaki ke Masjid Beijing di Rantau Panjang. Bumbung atap masjidnya semua berbentuk macam tokong cina tu, ada macam bentuk minang pun ada tapi ada relak-relak naga. Warna merah. Dan ada pagoda pada menara corong azan. Maka jamak ta'khir lah solat kami di sini. Pastu kone lagi? Dalam nak-nak mendung awan kelabu tu sempat lagi lewat stesen kastam Rantau Panjang. Maka berjalan pula kita di Rantau Panjang. Dah lewat beberapa buah kedai, hujan turun mencurah-curah dari langit. Apa nak buat, nasib lah ada Bazar Siti Fatimah dalam sebuak kompleks bangunan. Maka kita sorongla kereta di situ dan berjalanlah dalam sejuk hujan lebat. Orang kata dah sampai kat sini dah, kita buat syarat jejak kaki je lah. Karang teringat-ingat guane rupanya. Di sink bolehlah aku rumuskan macam kau pergi langkawi lah, dah nama pun bandar bebas cukai. Bank pun ada dalam ni. Bank Islam. Cumanya membeli tu berpada lah ekk, karang tersekat di kastam pulak dah. Haha. Ha, lagi stu kalau dah plan nak ke Rantau Panjang, tak yah la beria shopping di Wakaf Che Yeh. Barang dia sama je, bahkan mungkin boleh murah lagi.

Pada akhir hari kedua kami makan di rumah N lagi. Kali ni berjamu Sup Tulang Siam pulak dah. Sedap oh. Aku ingat sup tu jernih je. Masa tu tak perasan pulak sup ni lain, tak adalah rajin nak bertanya kat mak N. Dah balik baru rasa lain. Kemudian, kami melayan Qori adik N main UNO lagi. Aku dah tak ingat dah macam mana nak main benda ni. Then dapat kad mak oi banyak. Menyerah je lah. Kemudian, kami ucap pamit pada semua orang sebab esok geng usim dah naik flight dah balik ke rumah masing-masing. Kami pun nak bergerak balik juga.

Okay, there is one unsettled business here. Kami belum pergi lagi Pasar Siti Khadijah! Pagi-pagi, kami sarapan di Kopitiam Kita yang terkenal dengan Roti Titab ( baca dengan nada huruf to) nya. Terkenal tak terkenal tu memang nak kena beratur panjanglah dengan kebanyakan meja penuh di jam 0930. Ehhh. Dah lepas tu kami gerak di Pasar Siti Khadijah pula. Sini, korang cari le makanan tradisi kelantan, macam laksa gebok ke, nasi tumpang ke, nasi kerabu, serunding (murah gile dari terengganu), atau aneka kain pasang, kelantan style. Nak isi perut pula singgah sekejap di Nasi Ulam Cikgu. Jika di fikiran korang nasi tu digaul dengan ulam-ulam yang diracik halus, teeet, anda salah. Kat sini ada aneka ulam segar atau rebus cicah budu dan lauk-lauk kampung lain yang enak dimakan bersama keluarga. Oleh sebab kami tidak beserta keluarga, maka kami pun bergerak keluar dan singgah di cawangan nasi kak wok sahaja. 

Dalam perjalanan pulang sempat juga singgah beli akok, kuih bakar dan bahulu hijau di tepi jalan Pasir Puteh. Yang sedihnya, tak sempat pun weh aku nak rasa bahulu hijau tu adik aku dah baham seorang buat sarapan pagi dia. Haduii.

Okay, itu sahajalah perjalanan aku di Kelantan kali ini. Bestkan. Pergilah buat rombongan ke sana pulak. Waze kan ade. Hehe.

Ulasan

Catatan Popular