Rx Quiz 2017

Assalamulaikum you alls....

Heheh. Selamat sore kalian. Kabare?

Harini aku nak bercerita sedikit hikayat aku memasuki pertandingan ala-ala genius ni. Banyak cerita tersirat dan tersuratnya. Jika tak ditulis ni karang mudah sangat lupa daratannya. Hari- hari duduk di rumah tok abah ni nenek dah persoalkan aku yang muda-muda ni dah terlajak lupa dah banyak benda daripada nenek. Hmm, jadi baiklah aku taruh elok-elok di sini.

Sejak naik tahun tiga farmasi ni entahlah, perasaan aku makin menjunam teruk untuk belajar. Entah anasir mana yang menarik aku keluar daripada landasan yang benar. Nak-nak dah masuk tahun-tahun klinikal. Memang kritikal betul keadaan daripada belajar bab teknikal dan fizik tahun-tahun awal dahulu.

Keputusan dahulu boleh la dikatakan okay daripada ketika itu. Dan apabila kawan aku; peserta Rx Quiz yang lalu, mengirim mesej untuk menyertai pemilihan peserta baru, aku macam....eeeehhhh, kau biar betul. Takkanlah tahap batch aku ni ditahap ini je (aku tahulah aku punya prestasi waktu itu bagaimana).

RxQuiz ni macamlah pertandingan kuiz kebangsaan đalam subjek-subjek dan kemahiran dalam profesi farmasi. Kalau dulu waktu sekolah pernah masuk kuiz kesihatan atau kuiz chem atau kuiz fizik. Dan kali ini bertanding antara 20 buah universiti swasta dan awam dan berbilang bangsa.

Dia kata cuba je. Sebenarnya mereka dah pilih berdasarkan akademik dan personaliti untuk kuiz tersebut? Haa, aku pun keliru peribafi aku yang mana hak yang molek tu.

Dipendekkan cerita, aku pun saje je lah masuk saringan peserta tu. Dah ramai lagi calon, aku pun tak adalah cuak sangat terpilih. Ala buat je lah. Tak studi pun, mana sempat celah-celah tahun tiga yang padat tu. Pendek lagi, aku terpilih. Dan macam whattttt? Aku dah lupa semua fisiology, bio, moa. Selain pharm analysis, med chem, organic chem and physical pharmacy yang adalah tempatnya aku simpan dalam RAM otak ni.

Aku dah cuak. Tanya umi, macam mana ni? Dengan research tak siap lagi.

Buat lah jugak. Dah memang tak boleh gostan sebab dah ada surat lantikan siap.

Masa cuti yang sedikit bertindih dengan kerja lab yang tak siap lagi sebab mesin rosak, dan juga study trip ke Indonesia. Dah la jenis buat satu kerja ja satu masa, memang macam nak berasap dah kepala. Okey, aku dah bulat dah haritu, aku terima masuk pertandingan sebab Allah nak bagi peluang buat ulangkaji ilmu-ilmu yang dah terbebas dulu. Kena setelkan kerja satu-satu.

Lebih kurang sebulan lebih sikit sebelum pertandingan hari-hari kami buat ulang kaji. Ikut subjek dan topik. Bayangkan semua 4 tahun belajar clump dalam sebulan. Dan sebenarnya boleh je; dengan study group. Kenapalah tak ada benda ni zaman dulu. Memanglah sekarang ni boleh buat sebab praktikal industri ni tak lah seteruk everyday quizzes and classes, boleh lah nak buat ulangkaji pun. Setiap orang akan beri input dan bergilir-gilir untuk sekurang-kurangnya habiskan satu subjek malam tu. Kemudian balik selak-selak balik nota untuk imbas kembali sebelum tidur.

Boleh lah weh.

Nak pulak semua serius mak yus study. Tak ada simpang siur perkara tak berkaitan. Haha. Tapi adala buat gosip teammate yang baru nak naik daun...hihihi.

Bersambung part 2.....

Ulasan

Catatan Popular