Nikmat Dunia yang ditarik

Assalamualaikum....hi!

Aku baru sahaja habis peperiksaan akhir semester 5. Ya semester 5, lagi tiga tambah satu semester pendek sahaja lagi sebelum pembelajaran ijazah sarjana muda ni selesai. The end tu kita dah tau, tapi keadaannya tak tau macam mana, dan serius, aku harap aku persiapkan diri aku dahulu sebelum berkhidmat. Belajar bukan saja-saja, untuk sia-sia. Ada matlamat pendek dan jauh.

Fasal nikmat tuhan, banyak yang aku belajar selama hidup ini. Kau tahu, nikmat nak pergi tandas waktu exam tengah berlangsung, nikmat nak berfikir dengan baik, nikmat tidur, nikmat makan dan masa, antara banyak perkara yang diambil mudah. Take for granted. Dan nikmat tidur apabila untuk sepanjang dua minggu ni, yang aku rasa macam nak ambil pil pelali (sedative) atau aku memang cari piriton (ubat selesema kesan mengantuk), amat-amat membuat aku berfikir panjang. Tidur macam mudah, kurang-kurang tak dapat tidur malam, siang badan akan compensate untuk rasa letih. Rasa berdegup-degup jantung, kaki mengeletar, otak tidak boleh berfikir dengan baik adalah antara kesan kurang tidur. Jika serasa mencuba, jangan mulakan.

Namun kesan ini berbeza dengan jika tidur awal malam, dan bangun sebelah hening pagi pukul 2, 3. Yeah, secara jamnya nampak tak cukup tidur, tapi dia bekerja secara songsang. Keadaan aku bila aku hanya boleh tidur selepas Subuh dan dipaksa. Petangnya pun aku tak dapat tidur. Kira-kira 2 jam sehari sahaja aku tidur.

Ngerinya hanya Tuhan yang tahu. Aku kuatkan semangat, aku kena buat jugak. Walaupun kali ini jalannya berbeda.

Aku pesalah, aku harapkan kesalahan lalu terhapus.

Dan aku mengikat janji, juga memikul segunung amanah dan tanggunjawab. Hanya kepada-Nya kau boleh bersandar. Jika tidak kau lelah, kerana tanggungjawab ini tergalas kerana Dia kata kau mampu. Dia pasti bantu. Dia mahu beri sesuatu yang besar, cuma perlu layakkan diri kau sahaja lagi.


Ulasan

Catatan Popular