Random #8

Assalamualaikum.

Kadaima~~~~~~

Hehehe. Dah dua minggu nak masuk tiga minggu pun dah cuti daripada semester 2 tahun satu. Hari ini tak ada tujuan nak tulis cuma macam nak bagi kickstart. Walaupun dulu aku pernah terbaca yang penulis yang bodoh (sorry my dear self ) tulis tentang diri dia sendiri, itulah modal aku sekarang.

Aib ke, fasal diri sendiri untuk beberapa minggu ini aku cuma bermalas-malasan dengan menonton televisyen dan melayari internet (itupun kadang-kadang), tidur lewat dan bangun tersangat lewat.

Oooppss. Tapi tulah yang selalu dipotretkan dalam penulisan novel kini. Si wanita metropolitan yang berkerjaya yet perkenalan dengan hero dimulakan dengan sesi perbualan yang creek. Uh, hilang kesopanan jati diri Melayu. Oh, cuba diam dan teruskan dengan random kau hari ni!

Sebenarnya banyak je benda yang aku patut buat dan kemas kini. Dengan surat-surat penajaan program di kampus, kemas kini data oleh sebab aku ni setiausaha, dan juga beberapa hal-hal lain seperti baju raya aku sendiri yang tak ada sekarang.

Masih lagi malas.

Aku cuma tak boleh fikir sekarang.

Dub. Bolehkah saya pukul awak sekarang? *dush.dush.dush

Aku..cuma tak boleh ditinggalkan sendiri, sorang-sorang. Worst case scenario that I would ate up all the precious leisure time I've got here.

Apabila semester baru sudah bermula-mulalah nak merungut tak sempat, belajar, makan, tidur memang dah tak teratur. Pernah je malam exam yang lalu. Selang dua jam aku bangun, sebab nak cover punya fasal, padahal jika dah siapkan diri daripada awal, peperiksaan bukan satu perkara yang susah. Benda-benda luar alam ni memang banyak dah aku buat selepas masuk uni.

Yang paling aku terkejut, pulun malam exam. Tak pernah buat. Macam pac man kata Dr. Razak.
Perasaan dia- macam kau orang pergi pertandingan siapa makan paling banyak-bila korang takut tak dapat apa-apa, tapi korang pun tak dapat nak makan lagi banyak. Bila masanya tiba (tamat), akhirnya korang muntahkan sampai tak tinggal satu pun. Sakit, perit, penat.

Sudut pandang pertama, dari jendela aku.

Sudut pandang kedua, dari hati kecil ku- kau yang pandang begitu.

Aku pernah cakap- exam satu cubaan, tapi bila kau pasrah, tak usaha sedaya mungkin, tak ada peluang kedua dah untuk belajar semua benda tu. Kau rasa kau akan selak balik nota-nota lama?

Ahah.

Perkara yang paling banyak disia-siakan. Waktu sihat dan masa lapang.

***
Aku nak rambu lagi. Sekarang fasal hati. Uuuuuu.

"Aku tak boleh betullah tengok mamat muka cerah,"

Kacaknya, bergaya, hensem. Waaaa.


Pakai cermin mata hitam je lah terus!

Selamat.

Haha.

======

Aku rasa nak melompat. Semalam. Heh. Dan tersengih juga.

Dah lah. Merapu je. Titik.









Ulasan

Catatan Popular