Esok pergi SEKOLAH!

Assalamualaikum. Alhamdulillah, masih boleh menaip.

Insha-Allah hari esok saya mau berangkat ke sekolah. Lama tak jejak sekolah kat Pekan, apatah lagi Muadzam Shah.

Terasa seperti Si Tanggang versi moden pakai tudung kepala. Heh.

Hari esok ada program alumni sekolah, campur nama sekolahku Integrasi Pekan bertukar jadi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak- INSTAR. Sebelum-sebelum ini ada jugalah aktiviti di sekolah, adalah satu kut ke banyak yang aku terlepas, walaupun waktu cuti, walaupun waktu puasa yang tak ada apa-apa nak dikejar, walaupun ramai yang gather, aku tak pergi. Selain rasa macam Si Tanggang, rasa jugak macam si kerdil-kecik je macam semut. Haahh..banyak sangat imaginasi. Kalau aku si Willy Wonka yang ada kilang coklat tak apa jugak!

Cuti dah berlalu dua minggu, mari kita check apa yang sudah dibuat:-

1- emm, mesin rosak, separuh jalan
2-KIOKU dah habis, boleh takung air mata secawan.
3-SINERGI. Aku tak bolehlah baca sikit-sikit buku tebal-tebal. Esoknya aku dah lupa apa yang dibaca semalam.
4-baru satu entri blog. krik-krik-krik
5-patut ke aku tulis?????

Jangan berhenti untuk terus berjuang dengan hidup. Penat. Tapi teringat juga antara benefits in believing in Al-Akhirah-UNGS 2030 di semester satu dahulu.

You won't give up hope as there we'll be eternal life after this worldly life.

Nanti.......belum habis lagi. 

Bidang Farmasi tak pernah terjangkau dek fikiran aku lepas SPM dahulu. Yang aku tau; perubatan dan kejuruteraan dan perguruan juga. Dan ironi juga apabila aku mencemuh orang yang hanya pandang dua bidang itu sahaja, aku juga seperti itu dahulu. Sepertinya tidak ada bidang lain, kemanusiaan mungkin, linguistik, artistik atau agama. Yang akhir tu macam angin sepoi-sepoi bahasa je menyapa gegendang telinga.

Kenapa dan mengapa aku mangambil bidang Farmasi? Ini soalan pertama Kak Hidayah selaku ketua naqibah untuk subjek Study Circle atau usrah dalam bahasa kita-kita ni ha. Mereka yang di dalam kata bulatan gembira walaupun aku tak berapa faham bagaimana beberapa kepala boleh jadi satu dan rapat macam isi dan kuku.

Bersambung.........


Ulasan

Catatan Popular