MENGUIS-NGUIS DI HUJUNG SEPATU

Assalamualaikum.

Al-kisah, kembali menyonteng-yonteng (rasa macam salah nahu ni?) di sini. Sebab Sarah tanya, "Mana blog Mek Lin tu?". And here I am restoring it.

Sebab kedua;- dah gian nak menulis walaupun dari bulan tujuh nak tulis esei panjang seribu patah perkataan tak lepas agi. Sebab ketiga;- jenuh nak tunggu tulis surat (canggihnya e-mel). Sebab keempat;- dah banyak jalan yang dilalui, rasa nak tumpahkan sedikit di sini. Mana tahu kut-kut ada yang bermurah hati nak kongsi nota-nota kuliah atau nak bagi tazkirah ringkas pada saya yang fail bab komunikasi berkesan...huhu.

Pertama-tamanya, alhamdulillah syukur, dapat juga saya menghidupkan kembali blog ini. Boleh merambu disini. Alhamdulillah juga sekarang sudah diterima masuk sebagai pelajar jurusan farmasi di Universiti Islam Antarabangsa Kuantan. Sedang memproses kira-kira sepanjang menunggu duit poket dan proses mentransformasikan diri; mengadaptasikan segala yang ada dalam ruang pembelajaran di sini. Semoga Allah permudahkan. Amin. Sila doakan saya. Ini arahan. Jazakallah.

Siapa tidak mahu jadi baik? Semua orang mahu. Semua orang hendak. Tapi semua orang juga ada nafsu. Apabila nafsu tu dah dilayan selalu, jenuh lah suara hati kecil nak berteriak pada otak- kata anatomi yang mengatakan otak sebagai raja pada tubuh badan. - peringatan untuk diri sendiri.Tapi itulah, nak dapat sesuatu, mahu lakukan sesuatu mestilah dengan ilmu. Solat pun nak kena ada ilmu. Sebab apa menuntut ilmu? Sebab nak tahu, nak amal dengan betul. Sebab nak kenal Allah, dengan segala bukti kekuasaannya yang ada disekeliling kita. Semoga Allah tetapkan niat yang betul untuk kita belajar. Bak kata Dr. Razak, jadi knowledge oriented, bukan exam oriented. Tambahnya lagi, jadi ayam kampung, jangan jadi ayam bandar.

sumber

 
 Haa..tu analogi lain, jangan asyik tunggu suap, malas fikir malas mencerap (baca observation). Tapi betul, RAM sekarang lambat sikit loading, kena banyak baca Al-Quran ni.

Cukup-cukup lah tu hari ni. Nota kaki- nak tulis pasai the internationals, english dan juga antara saya dengan dia. 

mek lin: Berhentilah menguis-nguis hujung kasut tunggu bas. Jom bersenam pakai basikal. Hoho.


Ulasan

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular