CNY yang menarik

Assalamualaikum. Okey, baru dapat wifi rumah. Pada hari terakhir cuti!!!

Sangat syok..walaupun tengah demam kus-kus, nak juga tulis rambu-rambu.

Sekarang cuti tahun baru cina. Orang lain semua cuti seminggu, saya cuti empat hari je. (-.-') Okeylah daripada cik Tifa dekat Egypt yang tak dapat balik rumah. Haila, mahu sepanjang tahun duduk termenung pandang siling.

Tahun Baru Cina ni menarik. Sebabnya; pertama kali saya tengok PM masuk iklan perayaan dalam Malaysia. Sangat kelas tau. Main gendang-gendang lagi.

noted untuk kenangan masa depan
Lagi, balik-balik rumah je suara Ayah Su yang angkat gagang talifon rumah. Tok ada kat rumah! Tok buat apam balik, rojak keling dan best sekali sebab Tok ada kat rumah. Titik. Ayah Su ni lah, orang suruh kahwin tak mau, dah sakit-sakit tak ada orang jaga. HOHO.

Ketiganya, baru dapat BB1M. Tak nak hurai apa bendanya tu. Entah nak buat apa tah. Tapi alat tulis pun tak banyak. Boleh juga nak borong dua tiga kodi.

Keempat, Ayah Su comeout dengan ideanya makan aiskrim Vanilla dapat mengurangkan rasa batuk. Siapa yang bagi tahu? En Google. Mentang-mentanglah talifon dia canggih daripada orang.

Kelima, rasa menyesal dan missing. Time heal, tapi lambat sangat. Teringat dekat rakan satu sekolah; setiap tahun dia ucap selamat ulangtahun hari lahir. Entah pasal apa (aku rasa aku tak sombong, cuma tak tahu je) aku tak pun. Mengaku kawan baik tapi buat macam orang asing. Huhu. Teruklah!




Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Adalah tu hikmahnya bagi setiap apa yang menarik sepanjang cuti ni.

Dan akhirnya, crying over research paper. Sabar ye...




mek-lin: Notebook dah kena bawak balik uni. Nak buat research. Ni lah juga ujian terbesar, selain tv dekat setiap level nu ha. Bersabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.


Ulasan

Catat Ulasan

Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.

Catatan Popular