Ikan bendang dan not hijau

Petang Jumaat tu penat sangat. Puas duduk hampir dua jam dalam bas dengan sisa penat mengejar tren dari Jalan Universiti ke Titiwangsa yang masih belum hilang, sebab dah terlambat keluar dari pintu pusat pengajian. Kelelahan, aku hanya mampu bersandar pada sofa kusyen mengadap skrin tv yang bisu. 

"Assalamualaikum."

Suara laungan dari luar pagar rumah aku buat tak endah. Nanti lah.

*********************************************
Yang ini gambar pemilik blog ini, ambil dari en. Google


"Eh, mana datang 20 ekor ikan bendang nih, Abah?"

"Tadi ada budak datang rumah. Baru darjah empat. Dia cakap dia datang nak jual ikan ni ha. Entah macam mana boleh sampai kat rumah, tu-tup dah muncul pun depan pintu pagar ni ha. Sebelumj ni pun dia ada datang. Nak minta buah pelam depan rumah tu sikit. Mak mengidam katanya."

Abah sambung lagi, "Abah tanya lah dia, duk kat mana? Adik beradik berapa orang? Mak ayah mana?"

" Dia tu budak susah. Adik beradik ramai. Dia yang sulung. Ayah dah tak ada. Mak pula selalu sakit-sakit. Kadang-kadang pergi sekolah ada duit saku, selalu tak ada. Ni yang dia datang nak dapat duit lebih lah. Jual apa yang ada. Pergi tangkap ikan kat parit. Sekurang-kurangnya ada usaha dengan umur yang masih budak tu lagi."

Ikan kecil-kecil tu comel je. Budak tu cakap, dia nak jual ikan tu semua sekali lima posen. Aku fikir, apalah sangat nilai lima posen tu sekarang? Tapi budak ni sungguh-sungguh pergi cari ikan tu bagi dijual. Taklah mintak-mintak kat orang. Aku ingat lagi cerita seorang peminta sedekah zaman Nabi s.a.w. dahulu. Yang kemudiannya berusaha sendiri dengan mencari kayu api di hutan. Lebih baik daripada meminta-minta dengan orang. <Wallahua'lam>

Aku termenung. Atas almari kayu oak tu ada seekor ikan sekila yang Man beli kat pasar malam semalam. Itu pun dah berebut-rebut siapa yang punya. Aku boleh agak dah, tang nak beli je semangat, yang tukang jaganya nanti, akulah yang jadi kuli. Kat dalam botol teh hijau season ni pula ada 20 ekor lagi kan bendang.  

Ikan kecil tapi usaha sebesar bukit, harapan sebesar gunung.


mek-lin: Ustaz Nurudin cakap, lebih separuh dah hidup kita ni diisi dengan tidur sahaja. Tambah lagi ada tv tu. Cane ni?







Ulasan

Catatan Popular