Roti Canai Mat Zin dan Kunci Kekunci

Assalamualaikum wbt. 

Hari ini hujung minggu Sabtu. Pagi tadi adalah suatu perkara yang membanggakan bagi aku. Tanpa ada apa-apa sebab, kecuali nak Solat Subuh dan pergi makan roti canai di warung aku bangun awal pagi. Awal tak awal juga lah, 6.30 pagi. Semalam adalah tidur yang paling menenangkan dalam beberapa tahun belakangan ini. 

Aku dah solat, mandi, mengaji. Aku pun buat pencarian di carian enjin Google untuk melihat-lihat warung makan terbaik sekitar Bangi ni. Awalnya nak pergi ke Warung Roti Canai Beratur je tempat Luqman pernah bawa makan. Namun, dah alang-alang pagi dan aku pun bersemangat untuk menelaah untuk final pada Rabu dan Jumaat minggu hadapan di dalam kampus, aku nak mencuba gerai makanan lain yg tersedappp sekali. Aku putuskan ke Warung Mat Zin. 

Aku dah siap ni tau dengan tudung merah mak ngah, baju kotak², beg laptop serta beberapa fail nota untuk ulang kaji. Aku menyambar kunci pada paku papan visi aku. Mana kunci rumah ya? 

Aku dah termangu duduk di meja makan dengan barang-barang yang telah siap. Weh  macam mana ni, aku nak makan roti canai  aku nak studi, alu nak keluar daripada rumah ni. Aku panggil semula apa perbuatan dan kejadian petang semalam; aku pergi jogging di taman, balik, siram pokok, letak baja, nak letak baja pada pokok di belakang dapur rumput dah naik setengah kaki. Buat bazir aku letak baja nanti. Jadi aku ambil keputusan untuk cabut rumput-rumput tersebut. Dah cabut tengah berkira-kira nak bakar atau buang rumput dalam plastik hujan turun. Lubang kecil aku gali di tepi pohon-pohon bidara serta limau yang membesar dengan jayanya dan masukkan setengah sudu makan baja untuk 2 minggu. 

Hari sudah lewat menghampiri maghrib. Dan azan maghrib berkumandang, aku kuncikan grill depan dan kebelakang semula. Aku dah selak semua tempat. Disebabkan hujan semalam selipar getah asadi edisi terhad We Bare Bears aku tu bergenang dengam air. Tinjauan pagi di halaman belakang tiada apa-apa kesan peninggalan kunci. Kunci spare pun tiada daripada pertanyaan ku dengan ketua rumah. Aku minta dia bukakan pintu gril untuk aku buangkan sampah di dapur sahaja sekurang-kurangnya. Aku memang dah jadi tukang sampah dalam rumah ni. 

Jam dah menunjukkan 8.08 pagi. Lapar juga dah ni daripada pagi tadi tanpa makan. Sebiji ban sambal bilis Gardenia aku gigit hingga habis. Milo dan Moccona untuk minum. Aku dah pasrah  tak apa lah tak dapat makan roti canai pun, aku nak keluar rumah studi je. 

Daripada pagi aku meratib sehinggalah sampai masanya makan tengah hari. Tapi mungkin aku silap baca kut pagi tadi. Aku dah hampir putus asa, aku cakap aku tunggu je lah Mek Sha balik ni duplicate kuncinya  sahaja. Usai bancuh air Milo kali kedua selepas makan tengah hari goreng tempe dan stew kimchi (ni je yg ada dalam peti), aku saja tengok-tengok kebun herba belakang rumah buat terakhir kali sebelum aku benar-benar akan tidur sahaja. Sauk sahaja selipar WBB asadi aku tu dengan makna kata aku kena berpusing menghadap tingkap dapur aku ternampak key chain kayu dan gugusan kunci pada belebas dinding. 

Gelak je la. Alhamdulillah dah jumpa. Jadi nak buat apa sekarang? 

Dah boleh kunci pintu dan sambung tidur kut. Tak boleh brain daripada tadi mencari kunci. Rupanya aku letak masa kalut nak bub baja jugak masa hujan dan maghrib. Betullah dengan izin Allah minta doa jumoa barang yang hilang. 🌱✨️

Sambung esok lah misi roti canai. Yg oenting hari ni aku dah habis at least separuh instrumental analysis chapter. 

Amalina, Bangi. 

Ulasan

Catatan Popular