Reunion dan juniors, alumni instar
Assalamualaikum.
Ni dah lambat lewat satu pagi. Tapi mata masih lagi tak dapat lelap bahana biological clock yg dah merapu. Tidur lewat bangun lambat. Bukan sikit tapi terlajak sungguh-sungguh.
Hari ini aktiviti melawat kembali sekolah. Sumbangkan tenaga untuk kem kepimpinan pelajar junior. Mula-mula tu macam berfikir juga, nak pergi ke tidak? Dah lah baru balik dari Terengganu, nota, kampung ya. Dan kekurangan aku tu memang banyak sana sini. Tu tak masuk masalah ketagihan aku yang kritikal. Ketagihan tu bukan dadah je, ketagihan tak dapat halang benda yang tak berfaedah pun masalah.
Tapi aku pergi juga. Dan memang banyak ibrah(pengajaran) yang aku dapat. Kata orang jauh pemandangan luas pemikiran. Tu lah, aku asyik duduk dalam kepompong, kemudian kompelin itu ini. Mengkritik bukan mengusaha, menjalankan. Tu masalah aku sejak sekolah lagi. Dia sebenarnya macam pelarian, orang nampak pun macam mahu tunjuk lagak pandai padahal tidak. Okey, sila kawal.
Jumpa kawan-kawan satu sekolah dulu seronok. Dengar macam-macam cerita. Tahu kehidupan orang lain dan ambil contoh teladan yang baik dalam kalangan kawan-kawan. Yang utama, dapat menjalinkan silaturrahim. Tahu sekarang, aku makin kedekut nak tulis mesej atau talifon tanya khabar. Ehe.
Dan tentang satu perkara yang ada aku cakap semasa sesi post mortm. Tentang rasa kebertanggungjawaban dan menyumbang. Satu program motivasi sebelum ni pernah juga dianjurkan oleh batch aku sebelum ini. Tapi bulan puasa, aku tak datang. Kan aku pernah cakap sebelum ini yang waktu puasa adalah waktu aku paling fragile dan lembik. Teruk kan? Padahal nak beribadah. Okey back to the main point, ada lah kawan aku yang lama aku tak jumpa pergi dan aku pulak yang sedap-sedap bercuti tak muncul. Haih. Kawan aku ni lah banyak pengaruhi aku secara sedar dan tak. Dulu selamba je mesej-mesej bros. Tapi dia yang tegur aku. Aku memang cepat sentap dan rebel. Dengan dia boleh pula aku ikut. Dan inilah yang dia pesan kat aku, minta tolong tengok-tengokkan budak-budak sekolah, ajar bawa balik diorang kalau dah senget. Oke, itu bukan ayat dia, tapi itu mesejnya. Dan, aku dengan rela hati ikut.
Tapi kemudian, aku faham juga. Orang yang baik adalah orang yang paling banyak memberi sumbangan. Tak ada duit, bagilah tenaga.
Selamat malam, wassalam.

Ulasan
Catat Ulasan
Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.