KUIZ 2 ANATOMI
Assalamualaikum.
Mari buat ULANG KAJI!
Minggu ni banyak betul cuti. Dulu kemain lagi kalau cuti, sekarang nak cuti pun fikir dua tiga kali. Memang dah sahih akan ada bertimbun kelas bersusun nak kena ganti walaupun cuma ada satu jam sahaja yang kosong dalam jadual 8 pagi sampai 5 petang tu. Okey enough, thats it. I choose it this way.
Semalam aku belajar tajuk ini, anatomi sistem pernafasan. Apa kaitan anatomi dengan farmasi? Dr. cakap sebab nak tahu drug akan bertindak dekat mana dan lain-lain. Akak pembantu makmal (super senior) cakap dia pun tak faham kenapa pelajar farmasi uia belajar macam budak perubatan, lagi tahu fasal penyakit sampai diagnose tapi kureng hafal ubat-ubatan. Aku pun nganga lagi. Apa-apa pun, kita cuba buat yang terbaik. Kata nak jadi muslim yang qawiyy.
Berbalik semula kepada ulang kaji. Aku tak akan ceritalah perihal mediastinum, mandibular, body, xiphoid process of sternum atau pleura ke, aku cuma nak beritahu tentang dapatan aku tentang satu penyakit ini. Fasallnya sebab aku teringat dulu ada kawan sekolah yang masuk wad, ICU ke apa tak ingat tapi by the time dia periksa sakit dada yang dia ingat lelah dia yang naik balik, terus kena buat pembedahan la tu jugak. Waktu tu doktor kat hospital cakap paru-paru dia masuk angin. Dan sesuka hati aku je cakap yang dia tu kurus kering sangat, sampai masuk tiub nak buang angin pun terkena tulang rusuk. My apologies friend!
Baru semalam aku tahu letak duduk perkara sebenar. Baru baca dalam buku Tortora (buku teks anatomi). Nama penyakit tu ialah Pneumothorax.
Dalam keadaan tertentu, ruang pleura (ruang yang berdekatan dengan paru-paru) mungkin terisi dengan angin. Mungkin disebabkan oleh pembedahan kat bahagian dada atau kena tembak ke, atau kena tikam ke yang menyebabkan paru-paru boleh kempis. Cuba bayangkan paru-paru tu macam belon.
keratan dari pemilik blog ini |
Cara untuk mengrawat penyakit ini; buang lah angin tu. Sebab angin tu yang menyebabkan paru-paru tak boleh nak mengembang semasa kita ambil nafas. Tu sebab yang rasa macam semput. Angin ini boleh hilang sendiri. Tapi yang selalunya doktor akan buat pembedah kecil, kena masuk tiub dalam dada untuk buang angin tu. Tu yang ngilu apabila tiub berlanggar dengan tulang rusuk. Fikir sahaja pun dah ngeri.
Okey, satu input hari ini: Pneumothorax.
mek lin :: Not sure on which reason causes this for him.
Ulasan
Catat Ulasan
Apa pendapat anda pula? Mohlah kongsi.