Perjalanan mula pascasiswazah di UKM

Assalamualaikum wbt. 

Amalina lagi kat sini. Hah. Amalina dah ada di Bangi sekarang. Sambung pelajaran dalam Master in Science (Chemistry). Setelah meronda semua lapangan kerjaya farmasi  akhirnya aku di sini. Lain jauh, sudah 4 tahun tinggalkan dunia akademia, kemudian bertemu kembali. Mungkin, hidup suatu perjalanan waktu yang baharu bermula, buat aku la kut. 

Beberapa hari ni ada banyak sangat lecture yang macam mengetuk hati aku. Apa tugas dan matlamat aku? Secara serius aku tak ada matlamat hidup pun yang mana salah untuk semua peringkat. Jadi tak ada pencapaian untuk kau ukur, tak ke? 

Macam ibu bapa pun kadang, matlamat diorang sebagai ibu bapa adalah anak-anak dapat hidup berdikari. Kalau tak ada matlamat ini, itu yang kadang menggila cari duit, anak-anak terbiar. Mengongkong sampaikan jika tiada platform, tak boleh nak bernafas sendiri. Oh, itu episod lain pula. Itulah hidup, semua orang ada tindakan tersendiri yang mungkin secara langsung atau tidak langsung mengakibatkan kesan kepada orang lain. Namun, kesemua tindakan itu tidak salah per say, cuma sebagai seorang yang telah dewasa, menghentikan generational trauma tu adalah dengan tindakan menghentikan generasi (reproducibility; it ends with me being alive)? Atau dengan mengakui dan rasional, sesuatu terjadi seperti ini dan ini, disebabkan mereka adalah itu dan ini, dan aku faham, serta aku bukan begitu. Kapasiti aku sebagai manusia adalah sebegini-sebegini. Aku sepatutnya mengakui emosi sendiri dan bereaksi sebegini. Mengakui tentang perasaan kerana siapalah manusia tanpa hubungan, kawanan serta emosi. 

Yeah, aku masih lagi kekurangan bahagian terakhir, emosi. Selalu lari. Hingga kini kerana terdoktrin, jangan buat orang lain susah, terutamanya ibu bapa. Lepastu semua orang susahkan akuu...hahaha. People pleaser sangat. Growing up in emotional turbulance. Penolakan aku yang sekarang terus berubah 180°. Kerana tidak mahu membebankan jiwa. 

Adalah satu masa tu aku tanya semua orang yang aku kenal untuk beri cadangan therapist yang available di Malaysia. Well, podcast sekarang works well since tak ramai lagi therapist di Malaysia. Its good opportunity sebenarnya, sebab ramai yang tengah tak faham apa sebenarnya yang berlaku yang menyebabkan tindak tanduk sesorang sebegitu. You despise people, you became emotional, and worse you hate yourself for what you've become; which is please don't. It is like saying that Creator created something defective. 

You live by what you learn. When is the biggest learning period of validation, perception and sensory? It is in childhood, 90% of it. You could say someone will grow up defective distorted orientation without these. Overachieved, emotionless, people pleaser. Dan bila ramai sangat macam ni, being the normal one macam alien. Sebab it is not the majority. And these people yang macam tak tentu arah ni should need to relearnt prior 3 things afterward, if they have the conscience; usually after it doesn't work anymore as a fully functioning adult in a real world. 

This is the podcast I stumbled upon to from the speaker's podcast. Whilst searching for a physical therapist actually. 


Oh, tapi sebenarnya aku nak tulis tentang visi dan misi. Prof Azlan cakap dalam role of researcher, kena ada visi dan misi. Apa misi yang ingin kita capai, dan apa visualisasi misi tersebut? Harini Dr SugarBomb (maaf Dr saya terlupa nama Dr) ada beritahu tentang vision board. Okay, SB ada kilang sendiri dan disebalik tabirnya adalah seorang chemist Diamond Formation yang boleh buat permata daripada silika (atau kaca/pasir). So perumpamaan kaca dan permata tu dah tak valid bila benda tu unsur sama je karbon hahah. Dan ini buku yang salah seorang sahabat baik aku bagi sebelum aku sambung pasca siswazah ni. Aku kadang tak faham juga orang bagi buku kosong ni. Tapi, bergunalah sekarang. Instead of vision board, maybe a jurnal. Board dah ada, paku payung pula tiada. Asalnya cuma mahu letak memo. 

Okay, tu je lah, nak pergi lib, adios!

                            Sankyuu Syak!

Ulasan

Catatan Popular