Hari Raya

Hari Raya, semua orang gembira,
Miskin kaya, semua raikannya, 

Hai Assalamualaikum...kabare? 

Hari ini hari raya 1 Syawal 1441H, dengan suasana PKPB. Atau perintah kawalan pergerakan bersyarat. Pertama kali lah dalam hidup ada peraturan macam ni. Setakat ini tak ada lagi had pergerakan macam ini, tapi aku yang selalu lupa tu, lupa yang ada perasaan macam ini setiap kali raya. 

Setiap kali. 

Aku pun tak tahu jin toncet mana yang akan keluar serta merta pada 1 Syawal setiap tahun. Setiap satu Syawal akan ada masalah. Sampaikan setiap kali Syawal, aku tak nak 1 Syawal tu datang, tapi setiap tahun bulan Ramadan juga aku lupa perasaan 1 Syawal tu dan aku tetap balik rumah jumpa adik-adik. Dan aku belum jumpa lagi penyelesaian kepada masalah ini. 

Kena doalah banyak-banyak sebelum 1 Syawal ni datang. Dan kena letak reminder dekat mana-mana macam dalam blog ni supaya tahun depan kau semak balik personal blog ni kau akan teringat dan buat apa-apa yang patut untuk ubah takdir tu. 

Sebetulnya aku penat dan nak lari. Tak nak balik rumah. Tak nak hadap benda yang sama. Tak nak melalui perasaan yang sama. Kalau semua orang iye-iye nak balik rumah bulan puasa dan raya, aku lah orang pertama kut yang tak nak. Bagilah seribu lagu dendang perantau pun, aku tak nak. Jika tak teringat pada adik-adik;orang-orang yang tak bersalah apa pun, aku tak nak balik.  

Back to square one, we born alone, we live alone, we die alone by Orson Welles. Ada beberapa perkara yang kita tak dapat pilih dalam hidup, so just play along and respect as it is. We couldn't fought more. Just live simply, humbly and hopefully blessed. Because hands down, it took too many of my heart can weigh, that I forgot every year. 

Ini juga salah satu sebab yang aku takut untuk bawa sesiapa pun dalam keluarga aku. Yang aku juga terlupa apa sebabnya aku tolak semua orang. Even a close friend. You'll be hurt, and I'll hurt double. 

A pessimistic? Change me. 

Ulasan

Catatan Popular