Musim buah, puasa, raya dan nikah! ;o

Assalamualaikum. Hai semua.

Dah baca kahfi belum? 😎
Hehe. Menulis daripada Kuala Lipis. Koi dah ket Lepeh doh ni wehhh. Baru 2 bulan nak menyesuaikan diri. So far so good. Suasana masih lagi sama seperti HOSHAS. Cuma sekarang aku dapat kat unit Pusat Maklumat Ubat. Jadi apa aku buat? Banyak, 🙊. Tapi nanti lah aku buka entri baru nak cerita-cerita atau kongsi-kongsi sikit. Maybe a whole new blog. Hehew.

Musim buah sekarang memang banyak. Nak buah apa, cakap je, tapi buah durian dah habis le. Ada tinggal tempoyak je buat masak gulai ikan patin. Tembikai bersepah, pelam, pelam harum manis la lemak manis la, hat yg hitam manis kat rumah pun ada. Tapi baru je berbunga. Lagi 2 bulan ada la tu kut. Dia tengah duk buat gugur buah kecil-kecil tu je nak bagi laluan buah masak betul. Kawan aku hat duk nun kat Pelis pun ada juay harum manis. Tapi jauh ngat la kat Perlis. Mahai bedil tu biasalah...dah memang harum manis.

Musim puasa dan raya. Puasa kali ni ramai sangat yang pergi dijemput Illahi. Mula dengan Ustaz Hassan Din, Pengasan DNARS, lepastu Adamdidam chef dan terbaharu, Sultan Pahang kami, Sultan Ahmad Shah. Rasa macam-macam. Tak tau kenapa rasa sayu je. Tapi tak tau kenapa dia rasa macam jauh. Rasa macam tak dekat masa-masa zaman belajar dulu. 😥 Pastu aku pun masuk SMO Bookstore cari buku, yang aku pun tak tahu apa yang aku cari.

Sebelum balik ke Lepeh haritu ada jugak pergi tarawih. Dengar lah tazkirah ustaz fasal Al-Quran & puasa...sebab dekat dengan nuzul Quran dah kut. Ustaz cakap,

"Kalau malas baca Alquran, dah jarang-jarang baca, jangan haraplah untuk baca buku-buku lain dan faham maknanya. "

Aku mestilah terkedu.

Dan musim nikah....well sepupu aku punya sambut menantu di Terengganu just after raya. Lepastu, berderat mak oii budak-budak batch nak kahwin. Tunggu keluar kad jemputan je. 😏 Patutnya aku bagi gambaq elok-elok kat mak aku tahun lepas masa ada orang tanya, dah rugi setahun aku tunggu buah tak gugur-gugur. 😜. Lawak ja. So yeah...all the best gais. Inni fi hifzillah. Dan buat aku yang go with the flow...sesungguhnya masa yang ada ni pun sebab ada urusan belum selesai...mungkin? Nanti-nanti la aku fikir balik. Jangan risau aku dah move on pun semalam. 😎 (Nanti korang kata, bila masanya pulak ko ada feeling ni🤔).

Okay daa....lunch break dah habis. Jadi nanti aku sambung edisi lain.

Melly Coleslow.

Ulasan

Catatan Popular