Sembang Farmasi Lagi; Nuclear Pharmacy

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak cerita serba sedikit tentang salah satu subjek elektif yang telah aku ambil semasa dalam Tahun Dua Semester Satu di Kuliyyah Farmasi UIA (untuk rujukan sesi 2014/2015) iaitu Nuclear Pharmacy atau Radiopharmacy. Maaf sebab aku tak tahu nak alih bahasa dalam Bahasa Melayu sebagai apa, mahu diterjemah secara langsung macam tak kena pula, jadi aku hanya menggunakan beberapa istilah Inggeris dalam penulisan kali ini.

Apa itu Nuclear Pharmacy atau Radiopharmacy?

Nuclear Parmacy ini adalah salah satu cabang dalam farmasi yang menggunakan prinsip-prinsip radioaktif untuk diaplikasikan dalam bidang perubatan untuk merawat atau meningkatkan tahap kesihatan pesakit secara keseluruhannya.

Konsep-konsep tentang radioaktif ini sama sahaja seperti yang pernah dipelajari (walaupun hanya sebahagian kecil) semasa mengambil subjek fizik yang ada fusion and fission of nuclear, ada tiga jenis pecahan radioaktif, alpha, beta particle, dan gamma partikel dan beberapa formula yang kau orang patut ingat sampai mati...Haha. (ini serius!)

Lalu prinsip-prinsip radiasi ini digunakan dalam bidang perubatan sebagai terapi (ubat) atau diagnosis (pengenalpastian sesuatu penyakit). Selalunyalah sepanjang aku belajar ni banyak aplikasinya digunakan ke atas rawatan dan diagnosis kanser di samping alternatif ubat lain seperti yang kau orang kenali sebagai chemotherapy tu. Dapat tak konsepnya di situ?

 Tak bahaya ke guna radioaktif?


Korang serik pasal letupan jana kuasa nuklear di Fukushima tu ya? Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum cara ini digunakan, sebab basisnya semua orang kata bahaya, dengan efek radiasinya lagilah. Tapi sekiranya telah ditentukan rawatan tersebut, sebenarnya banyak pertimbangan telah diambil kira dan rawatan tersebut adalah digunakan setelah tiada lagi rawatan lain yang boleh digunakan walaupun pada pendapat saya, rawatan menggunakan nuklear pharmacy ni cost effective. Mana nak tahu pertimbangan-pertimbangan itu, kena belajarlah subjek ini. (Walaupun aku teruk part ni...korang boleh buat lebih baik kan?)

Belajar apa?

Pada separuh masa pertama, cewah macam main bola, perkara yang akan dipelajari adalah prinsip-prinsip asas nuklear, half-life, kira kuantiti radioaktif, konsep-konsep perlindungan (korang gelak eh-protection) STD tu apa, bagaimana kita nak hasilkan radioaktif ni- tak silap aku ada tiga cara, dan yang kemudiannya korang akan belajar macam mana generator berfungsi (yang ni aku suka fasal aku dapat tangkap macammana konsep the two dees tu).

Kemudian, separuh masa kedua tu korang akan belajar aplikasi semua konsep ini dalam diagnosis dan terapi. Di sini banyaklah contoh-contoh yang akan dipelajari, konsep dan prinsip diagnosis dan terapi menggunakan radioaktif serta beberapa unsur radioaktif dan penggunaanya yang wajibul korang hafal. Ada juga salah satu chapter tu akan diajar satu penggunaan lain radioaktif yang dipanggil radiostamping. Yang aku ambilkan konsepnya sebagai unsur-unsur radiaktif ini ditampalkan pada sel yang dikehendaki- macam darah dan kemudian dilepaskan semula dalam badan untuk melihat adanya kebocoran dalam salur darah dan banyak lagi kegunaannya.

Akhir sekali, ada lawatan! Kami ke MINT, Bangi dan Hospital Putrajaya. Hospital Putrajaya terletak bersebelahan dengan Institut Kanser Negara dan di sini korang akan dapat lihat bagaimana gerak kerja dan instrument yang dipelajari secara teori dahulu dalam diagnosis dan terapi untuk kanser. Alat-alatan tu mak oiii berat dah fasal semuanya dibuat menggunakan konkrit atau lead. Fasal apa kena buat macam tu, aku saja je nak cakap lagi, korang kena belajarlah baru best!Fill up your inquiry! MINT Bangi tu pula adalah stesen janakuasa nuklear yang banyak menghasilkan generator bagi digunakan di hospital-hospital.

Agak-agak yang mesin yang selalu digunakan dalam cerita Dr House guna apa ya?- CT Scan

Best kan? Jadi pilihlah subjek elektif ini. Jangan stress-stress. Chilloh.

Aku nak kredit juga pada dua orang pensyarah yang best oh! Salah seorangnya ada aku ceritakan dalam entri sebelum ini. Yang aku kata macam aku dengar Dr Fadzillah Kamsah yang duk mengajar aku kat depan. Sekarang beliau ialah pensyarah di CUCMS. Serius aku kagum dengan beliau.


Ulasan

Catatan Popular