Line sudah clear

Assalamualaikum.
Huhui.

Seronoknya dapat masukkan entri lagi, ecece sejak bila sangat teruja? Seminggu atau lebih tepat lagi enam hari saya balik kampung yang terletak di Terengganu.
Ho! Ho! Ho! Balik kampung! 
Ho! Ho! Ho! Balik kampung! Hati girang!..Hik >.<

Apa yang ada di kampung saya itu ya? Sekejap, saya mahu melayari memori saya selama saya pernah ke Terengganu setiap kali cuti.

Ini antara yang paling-paling kalian kena cari jika bertandang di negeri darul iman ni.

1. Keropok lekor. Wajib la kut. Keropok lekor kat tempat lain tak sama dengan yang ada di Terengganu nih. Pergi lah cari dekat kawasan Seberang Takir ke, Tanjung. Kat situ baru rasanya ummph...dengan rasa ikan dan sos lada buatan sendiri. Memang tak cukup sekali beli. Ada juga dijual keropok keping. Orang tempatang panggil keropok keping lah. Jika nak diterangkang lagi rupa dia macam kerepek yang dihiris nipis. Asalnya keropok lekor tu, tetapi mereka hiris nipis-nipis dan jemur sampai kering. Nanti bila digoreng kembang semangkuk..eh, sekuali.
Ini yang belum di goreng lagi - gambar En. Google

Keropok keping, ikan parang - En Google punya gambar lagi
2. Air Nyior. Air kelapa je pun. Heeh. Tambah lagi jika kalian pergi di Pantai Teluk Ketapang. Biasanya pantai di negeri ini ada gerai menjual sotong salut tepung atau ikan salut tepung. Dengan deruan ombak di tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa, memang syoklah berkelah tepi pantai. Nak main layang-layang dengan bola pantai pun boleh saja.

3. Pasar payang. Walaupun aktiviti di sini sudah menurun sebanyak dua puluh persen (berdasarkan pemerhatian saya selaku pelancong tetap negeri ini). Tempat ini masih perlu dilawati untuk bersiar-siar mencuci mata. Di sini banyak dijual kain batik, kain sutera atau kain yang orang kerja gomen kena pakai setiap khamis tu. Lagi, di sinilah berkumpulnya pelbagai makanan tradisional rakyat terengganu. Jika kalian nak makan laksa kena rebus laksa yang kering tu, saya makan laksa yang memang mak cik- makcik di sini buat fresh di jual di pasar payang ini. Ada lagi satu tempat kalian boleh mendapatkan makanan tradisional terengganu, di Batu Enam.

4. Taman Tamadun Islam dam Muzium Terengganu. Muzium Terengganu ni letakannya di Kampung Losong. Di sini banyak terhimpun sejarah tentang Terengganu. Mak saya cakap nama asal terengganu berasal daripada sebuah pulau yang terang. Orang yang duduk di darat ni pun tunjuklah ke arah pulau itu dan cakap, "Oh, TRANG-NUNG!" Jadi, macam itulah asal nama Terengganu ni. Ingat tak batu bersurat yang kita belajar dalam teks sejarah yang buat saya selalu tertidur berbantalkan buku tebal itu. Yang itu kalian boleh tengok sendiri versi siaran langsung dan sebenar dari Muzium Terengganu ni.

Sampai sini sahaja dahulu. Jika teringat yang lain saya sambung lagi.

mek lin : yang jenuhnya naik flight unser empat tayar ke sana..heeh




Ulasan

Catatan Popular